Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami
Showing posts with label Universiti. Show all posts
Showing posts with label Universiti. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Coretan:Mesej Dr.Mahmoud Hassan El-Denawy

Mesej yang menyentuh hati daripada Dr. Mahmoud Hassan el-Denawy,
kepada pelajar Malaysia tahun akhir fakulti pergigian di Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Dr. Mahmoud merupakan pensyarah mereka bagi subjek Aqidah. 
Sungguh, mereka amat dekat dengan kita, apatah lagi perjuangan mereka.


Universiti:Risalah buat Pelajar Malaysia~Mesir :')



Terjemahan:

Risalah Inside | Daripada universiti Al-Azhar ~ 
"Mesej kepada saudara-saudara kami dan mereka yang disayangi, komuniti pelajar Malaysia di Mesir:

"Kami memohon maaf kepada kalian mengenai situasi di Mesir tentang satu rampasan kuasa tentera berdarah dan (menyebabkan) kehilangan nyawa pada siang dan malam tanpa haq, maka (sesungguhnya) ini adalah kehendak Allah SWT di bumi (milik)-Nya yang hikmahnya tidak diketahui kecuali DIA (Allah sahaja yang tahu): "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu" (Rujuk Surah al-Baqarah ayat 216)

Kalian (merupakan) sebaik-sebaik pelajar dan melangkah kakinya atas debu Mesir tercinta, sesungguhnya kalian adalah sebaik-baik (berbanding) kami dari segi akhlaknya, agamanya, ilmunya, tawaduknya dan kedamaian jiwanya.

Kami bersaksi kepada Allah, sesungguhnya kami telah pelajari daripada kalian semua bagaimana menjadi contoh tauladan, beragama dan (bagaimana) menuntut ilmu lebih banyak daripada apa yang kalian pelajarinya daripada kami.

Kami harapkan doa kalian agar Allah melepaskan penderitaan orang-orang Mesir dan kami berdoa kepada Allah bagi kalian agar kalian pulang dengan selamat dan aman ke tanah air kalian dan sesunggunya Allah telah himpunkan kami bersama kalian di dalam sebaik-baik tempat teduhan ilmu."

"Kami titipkan (amanahkan) kalian kepada Allah yang tidak akan hilang dari sisi-Nya sebarang titipan."

Sumber: FB Al-Azhar University

"سيروا على بركة الله.. وثقوا بنصر الله"
Berjalanlah kalian di atas rahmat Allah SWT.. (dan) Percayalah kalian akan kemenangan (daripada) Allah.