Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami
Showing posts with label Medic. Show all posts
Showing posts with label Medic. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Belajar tentang Ciptaan Allah..


Microscopic Structure of Umbilical Cord at Histology Lab,Al-Azhar University

Belajar ilmu tentang ciptaan Allah,
Sepatutnya menjadikan diri kita ini lebih dekat dengan Allah.
Subhanaallah..Allahuakbar..

Sungguh Allah Maha Besar..
Bergetar hati dan jiwa akan ketakjuban ciptaanMu ,Ya rabbi..
Sungguh aku ini hambamu yang lemah..
Sungguh tiada apa-apa pada manusia melainkan dengan adaMu ya Allah..

Belajar dan terus belajar..
Moga semakin bertambah ilmu,semakin taat dan takut kepada Allah..

[Nik Hifzi]
27 November 2013

Lower Limb Of Cadaver at Anatomy Lab,Al-Azhar University

Friday, October 11, 2013

2nd Year Timetable 2013/2014!!

Assalammualaikum..

Ha..sekejap je cuti rasanya.Tak lama lagi dah nak start dah 2nd year  lepas Hari Raya AidilAdha ni..Alhamdulillah dapat naik tahun.Disebabkan Jadual kuliah pun dah release..
So,I must start to well prepare from now and set a goal for this year.Kena kembalikan balik mood cuti~kepada mood belajar semula..Henshin!!



TARGET untuk 2nd Year ni:
Anatomy:atleast JJ
Physiology:atleast JJ
Biochemistry:Mumtaz
Histology:Mumtaz
AlQuran:Mumtaz
Tafsir,Balaghah,Psikology:JJ@Mumtaz...Amin ;)

Doakan yer semua..
Hopefully,2nd year nie lebih bersungguh-sungguh, lebih bersemangat,n lebih bermakna..Huuf..Huuf..

Inilah jadualnya ;)


Ok.Seterusnya, aku nak briefing kat korang serba sedikit apa yang akan aku belajar 2nd year ni.




PHYSIOLOGY
-Kidney
-Special Sense
-Metabolism
-CNS
-Endocrine Gland
-Reproduction

ANATOMY
-Special Embryology
-Head n Neck
-Thorax
-Neuroanatomy

BIOCHEMISTRY
-Bioenergetics
-Carbohydrate Metabolism
-Lipid Metabolism
-Integration Of Metabolism
-Hormone
-Protein Metabolism
-Hemoglobin Metabolism
-Body Fluids
-Immunochemistry
-Mineral & Water Metabolism
-Acid & Base Balance

HISTOLOGY
-CNS
-Genitalia
-GIT
-Respiratory System
-Special Sense

Subjek Tambahan untuk tahun ni adalah:

1. ALQURAN- (Juz 29)
2. TAFSIR QURAN
3. BALAGHAH
4. PSIKOLOGI

Ha...,banyakkan..tapi Insyaallah moga dipermudahkan.Amin..Kata orang,bersusah-susah dahulu,bersenang kemudian.thanks sudi baca..Jangan lupa tinggalkan komen di bawah  ;)

"Believe in yourself and all that you are.
Know that there is something inside you that is greater than any obstacle"~Christian D.Larson



Kerana Kita HambaNya,Niat Belajar KeranaNya" Ok..Bye!!

[Nik Hifzi]
12 Oktober 2013













Wednesday, July 17, 2013

Feqah:Hukum Menggunakan Tulang (Medic)

"Kita ni guna tulang manusia untuk belajar ni boleh ke?"
"Tak bahaya ker kalau simpan tulang manusia kat rumah?"
"Eh,boleh ker guna tulang orang yang dah mati ni?"

Dialog seumpama diatas mungkin selalu kita dengari daripada mulut sahabat-sahabat kita.Persoalan ini rata-rata timbul dalam kalangan pelajar Perubatan sendiri atau sahabat terdekat mereka.Secara umumnya,Tulang-tulang manusia ini sering digunakan oleh pelajar Perubatan dalam subjek "Anatomy" dalam sesi pembelajaran.Jadi,pada hari ini saya ingin berkongsi ilmu berkenaan hukum menggunakan tulang manusia dalam pembelajaran bagi pelajar perubatan khususnya.



Tulang manusia mengikut syariat Islam ialah suatu objek yang suci sama ada tulang manusia yang masih hidup atau mati tanpa mengira sama ada tulang tersebut ialah tulang seorang muslim atau kafir. Allah Taala telah berfirman dalam Surah Al-Isra ayat 70: (1)

“Dan sesungguhnya kami(Allah) telah muliakan anak-anak Adam”

Sabda Nabi Muhammad SAW :

“Mematahkan tulang seorang mayat muslim sama juga seperti mematahkannya
 ketika dia hidup.”

Hadis ini memberi maksud tidak boleh mensia-siakan tulang manusia dengan mematahkannya atau tindakan seumpamanya tanpa tujuan yang syarie.

Hukum menggunakan tulang untuk apa sahaja perkara tanpa tujuan syarie pada asalnya ialah haram. Penggunaannya dibenarkan syarak kerana terdapatnya keperluan untuk menggunakan tulang bagi tujuan belajar ilmu perubatan atau tujuan lain seperti autopsi iaitu pembedahan forensik bagi tujuan berkaitan kes jenayah. (2)Hukum dibolehkan menggunakan tulang dengan tujuan tersebut berdasarkan qawaid fiqhiah berikut iaitu:

المحظورات تبيح الضرورات

“Perkara darurat (keperluan) membolehkan perkara yang haram” (3)

Kaedah fiqh ini memberi makna bahawa syarak membolehkan melakukan perkara yang diharamkan jika berlakunya keadaan yang disifatkan sebagai darurat mengikut neraca syarak. Dalam konteks ini, ilmu perubatan merupakan suatu ilmu yang bermanfaat dan menjadi keperluan kepada manusia.

لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

“Sesuatu perkara yang tidak sempurna kewajipannya melainkan dengan adanya sesuatu perkara itu maka ianya menjadi wajib”(4)

Tulang manusia tidak boleh digunakan jika adanya perkara lain yang boleh menggantikannya seperti tulang tiruan. Jika tulang tiruan atau apa sahaja bahan penggantinya tidak boleh membantu dalam mencapai maksudnya maka barulah tulang manusia boleh digunakan. Tulang yang digunakan mestilah bukannya tulang seorang muslim.

Jika tulang tersebut tidak digunakan lagi maka ianya perlulah ditanam. Tulang tersebut tidak perlu dikafankan akan tetapi hanya dikumpul di suatu tempat lalu ditanam. Secara umunya, tulang yang digunakan untuk tujuan belajar ilmu perubatan bukannya tulang muslim. Oleh itu, tulang tersebut perlulah ditanam di tempat selain daripada tanah perkuburan Islam dan juga tanah perkuburan bukan Islam kerana mengambil kira adanya kemungkinan tulang tersebut berasal daripada jasad muslim. Tulang juga tidak boleh disimpan jika tiada keperluan lagi untuk menggunakannya. (5)

 Adakah tulang boleh dijual?

Hukum menjualnya tidak sah. Anggota tubuh manusia pada asalnya bukan untuk dijual kerana ianya tidak dimilki oleh manusia maka tidak boleh menjualnya.

Jika tulang tersebut berasal dari jasad seorang muslim maka tidak boleh membelinya. Akan tetapi, jika tulang tersebut berasal dari jasad deorang kafir maka diharuskan  membelinya dengan harga yang berpatutan atau mengambilnya tanpa membelinya bergantung kepada perbincangan.

 Kesimpulan

Pelajar yang mendalami ilmu perubatan boleh menggunakan tulang manusia selagi ada tujuan untuk menggunakannya. Jika ianya tidak digunakan lagi maka tulang tersebut tidak boleh dijual akan tetapi boleh ditanam atau diberikan kepada pelajar lain yang memerlukan.

Wallahu a'lam.

Nota :

(1)Al-Mausu`ah At-Tibbiyah Al-Fiqhiyah, Dr Ahmad Muhammad Kan`an, Percetakan Dar An-Nafais

(2)Al-Fatawa At-Tibbiyah Al-Mu`asirah, Dr Abdul Rahman bin Ahmad Al-Jar`ie, Dar Ibn Hazm, Hukum Tulang Dan Jasad Manusia.

(3)Al-Wajiz Fi Syarh Al-Qawaid Al-Fiqhiah, Dr Abdul Karim Zaidan, Percetakan Muassasah Ar-Risalah An-Nasyirun, Kaedah Ke-97.

(4) Al-Wajiz Fi Syarh Al-Qawaid Al-Fiqhiah, Dr Abdul Karim Zaidan, Percetakan Muassasah Ar-Risalah An-Nasyirun, Kaedah Ke-79.

(5) Al-Fatawa At-Tibbiyah Al-Mu`asirah, Dr Abdul Rahman bin Ahmad Al-Jar`ie, Dar Ibn Hazm, Hukum Tulang Dan Jasad Manusia.
__________________________________________

Rujukan :

(1)Al-Mausu`ah At-Tibbiyah Al-Fiqhiyah, Dr Ahmad Muhammad Kan`an, Percetakan Dar An-Nafais.

(2)Al-Fatawa At-Tibbiyah Al-Mu`asirah, Dr Abdul Rahman bin Ahmad Al-Jar`ie, Dar Ibn Hazm.

(3)Al-Wajiz Fi Syarh Al-Qawaid Al-Fiqhiah, Dr Abdul Karim Zaidan, Percetakan Muassasah Ar-Risalah An-Nasyirun




Tuesday, July 16, 2013

Mesir:Fakulti Perubatan Universiti Al-Azhar

Salam.Hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat serba sedikit tentang latar belakang pembelajaran saya disini iaitu di fakulti perubatan Universiti Al-Azhar.Mungkin ada yang sudah tahu dan tidak kurang juga yang tidak pernah tahu.Semoga perkongsian ini bermanfaat,terutama buat adik-adik yang berazam untuk ke Universiti Al-Azhar ini.Letakkan matlamat dan usaha yang tinggi.Jangan lupa doa dan tawakal kepada Allah.Go go chaiyok!!


Pengenalan

Universiti Al-Azhar merupakan salah satu pusat pembelajaran ilmu Islam yang tertua di dunia. Pada awal pembukaannya, hanya beberapa halaqah keilmuan yang diadakan secara berkala di Masjid Agung Al-Azhar dengan menggunakan sistem pembelajaran ‘talaqqi’ (sorongan) yang dilaksanakan di antara tiang-tiang Masjid Agung Al-Azhar.

Secara umumnya, fakulti-fakulti Al-Azhar terbahagi kepada dua, iaitu Kuliah Adabiyah (Pengajian Agama) dan Kuliah Ilmiyah (fakulti pengajian sosial & sains kesihatan ). Kesemua kuliah Ilmiyah terletak di kawasan Nasr City, dan selebihnya (kuliah Adabiyah) terletak di kawasan Hussien, bersebelahan dengan Masjid Agung Al-Azhar, dan cawangan-cawangan universiti Al-Azhar yang berada di pelbagai wilayah.

Pembelajaran di Universiti Al-Azhar

Kuliah di Universiti Al-Azhar semenjak tahun 1996-1997, ketika dibawah pimpinan Prof.Dr.Ahmad Umar Hasyim, perkuliahan Al-Azhar, dibahagi menjadi 2 semester. Semester pertama bermula pada pertengahan bulan 9 dan berakhir pada awal bulan 12. Peperiksaan bagi semester pertama, biasanya akan dijalankan pada bulan 1. Selepas peperiksaan tamat, akan bermula ‘winter break’ selama 2 minggu.
Manakala, semester kedua akan bermula pada akhir bulan 2 dan berakhir pada awal bulan 5, oleh kerana peperiksaan semester kedua akan dilaksanakan pada bulan 6, pelajar diberi masa selama beberapa minggu untuk mengulang kaji secara sendirian. Dan selepas itu, pelajar akan mendapat tempoh selama 2 bulan setengah sebelum sesi pembelajaran pada tahun seterusnya bermula.

Kaedah Pembelajaran

Melalui perbincangan antara kerajaan Malaysia dan beberapa universiti lain di Mesir, kursus perubatan di Mesir secara umumnya digelar sebagai MoU (Memorandum of Understanding)
Dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara utama, ia memudahkan pelajar bangsa Melayu untuk lebih memahami ilmu tanpa perlu bersusah payah menterjemahkan bahasa Arab terlebih dahulu. Lebih menarik, kebanyakan tenaga pengajar di Universiti Al-Azhar adalah merupakan ketua jabatan subjek atau orang lama di jabatan tersebut, di mana mereka amat berpengalaman dan pernah bekerja di negara-negara lain selain amat fasih berbahasa Inggeris.

MoU merupakan pembelajaran selama 6 ½ tahun. Ada juga universiti-universiti lain di Mesir yang menjalankan kelas secara MoU, namun, berbezanya Universiti Al-Azhar daripada universiti yang lain adalah, pelajar di wajibkan untuk mengambil subjek-subjek agama dan wajib untuk menghafal Al-Quran sebagai subjek tambahan.

Silibus Pengajian Perubatan di Al-Azhar

Kokurikulum pembelajaran dibahagikan kepada 3 fasa :
Fasa 1 : Tahun 1 dan 2
Fasa 2 : Tahun 3
Fasa 3 : Tahun 4, 5 dan 6

Tahun 1               
Physiology, Anatomy, Biochemistry, Histology, Bahasa Arab dan Al-Qur’an (Juz 30)
Tahun 2               
Physiology, Anatomy, Biochemistry, Histology, Psychology, Bahasa Arab, Tafsir Al-Qur’an dan Al-Qur’an (Juz 29)
Tahun 3               
Pathology, Parasitology, Pharmacology, Microbiology, Hadis, Sirah dan Al-Qur’an (Juz 28)
Tahun 4               
Opthamology, Community Medicine, Forensic & Toxicology, ENT (Ear, Nose & Throat), Aqidah, Fiqh dan Al-Qur’an (Juz 27)
Tahun 5               
Internal Medicine dan Pediatrics
Tahun 6               
OnG (Obstetrics and Gynaecology) dan Surgery


Peperiksaan

Peperiksaan secara umumnya, mencakupi tiga aspek iaitu : bertulis (written exam), lisan (oral exam), dan amali (practical exam). Keistimewaan diberikan kepada pelajar tahun 1 , di mana sekiranya pelajar gagal dalam subjek-subjek tertentu, pelajar di benarkan untuk membawa(carry) subjek tersebut pada tahun 2, kerana subjek yang diambil pada 2 tahun pertama adalah sama (selain pertambahan subjek Psychology pada tahun 2). Namun, maksimumnya hanyalah 2 subjek dan sekiranya melebihi, pelajar di wajibkan untuk mengulang tahun (repeat year), seandainya masih tidak lulus dalam peperiksaan kedua (peperiksaan ulangan) yang dilakukan pada bulan Ogos. Bagi pelajar tahun 2 dan keatas, gagal dalam satu subjek perubatan akan membuatkan pelajar tersebut terpaksa untuk mengulang tahun.

Sistem Pemarkahan

Sistem pemarkahan di Universiti Al-Azhar lebih menumpukan kepada peperiksaan final dimana hanya 20% (kebiasaannya) markah akan diambil daripada peperiksaan pertengahan tahun. Dan sebilangan markah juga diambil daripada kuiz-kuiz kecil, dan tugasan kertas kerja. Namun, di sebabkan markah yang diambil daripada peperiksaan pertengahan dan kuiz-kuiz kecil adalah sedikit, pelajar-pelajar sebaiknya perlu untuk menguasai sepenuhnya kesemua pembelajaran sepanjang tahun untuk berdepan dengan final exam, kerana markahnya yang banyak.

sebahagian ahli daripada batch kami :)

Monday, July 15, 2013

Perginya Seorang Pejuang..

~Dr.Yaseer Toha (29 Syaaban 1434)
"Bunyi helikopter berlegar-legar di awanan bagaikan bakal menyaksikan satu peristiwa bersejarah,
kemudian,beberapa ketika selepas subuh, kedengaran pula siren ambulans yang tidak henti-henti berbunyi seperti memberitahu keadaan yang sedang berlaku."


Bumi Mesir disimbahi darah...Bumi Mesir disimbahi darah....Bumi Mesir disimbahi darah..
Tragedi Subuh berdarah pasti tidak terlepas diingatan rakyat Misr.Mana mungkin boleh dilupakan dalam ingatan mereka.Peristiwa tatkala rakaat kedua solat subuh,sebahagian mereka ditembak oleh askar dan polis(baltoji).Apa salah mereka?Apa zalimnya kalian yang menembak saat saudara islam kalian bersolat?tidakkah kalian menyerupai yahudi dan nasrani?tidakkah kalian menzalimi?
Jika benar kalian mengatakan untuk meredakan perhimpunan,mungkin benar..tapi persoalannya,
Mengapa mereka ditembak sewaktu sedang solat?,
mata dan hati mereka sedang khusyuk menghadap ilahi,
Mengapa mereka ditembak di kepala dan dada?
kepala dan dada mereka tersimpannya ayat suci AlQuran dengan kemas,
bukankah juga kepala dan dada tempat utama di badan kita?
adakah misi ini untuk meleraikan orang ramai atau untuk membunuh?

Apakah kalian merasakan  mereka yang mahukan presiden mereka dikembalikan secara sah,perlembagaan yang dibentuk dilaksanakan,adalah satu kesalahan?

Saya tidak pasti,moga Allah membuka mata saya dan kalian dengan kebenaran.Moga Allah ampunkan kezaliman yang kita lakukan tanpa kita sedari.

Bersama mereka yang syahid,terdiri juga daripada salah seorang doktor yang mengajar saya di kuliah Perubatan Universiti Al-Azhar.



Dr Yaseer Toha..(Pensyarah Biochemistry).

- Berumur 38 tahun
- Mempunyai 6 orang anak lelaki dan 5 orang anak perempuan
- Seorang ahli Ikhwan Muslimin
-Muhafazah Qaliubiya
-Dibunuh oleh kumpulan Sisi pada "Tragedi Subuh".

Saat solat jenazah,anak Allahyarham,Ammar berusia 10tahun dan menghafal AlQuran yang menjadi imam solat jenazah keatas ayahnya.

Hari ini, 15 Julai genap seminggu Dr.Yasser Toha, pensyarah Fakulti Perubatan Al-Azhar meninggalkan kita,dalam usia yang masih muda mengadap Tuhannya. Dibunuh ketika sujud kepada Sang Pencipta, hidup berjuang dan matinya peroleh kemuliaan.

Semoga darahnya dan syuhada' yang lain menjadi laknat kepada mereka yang khianat.moga  ALLAH merahmati roh beliau dan syuhada' tragedi "Solat Subuh" berdarah..Al-Fatihah

Beliau seorang yang berperwatakan tenang dan lemah lembut,seorang yang suka memberi nasihat,suka tersenyum.Walaupun hanya mengajar topik "lipid" dikelas kami,tetapi akhlak dan nasihat beliau sungguh bererti buat kami.

Antara nasihat beliau(turut diubah olahan ayat),

"Bagaimana kamu katakan kamu cinta nabi Muhamad SAW,sedangkan kamu tidak amalkan sunnahnya?"

"Kamu sekarang berada jauh daripada bumi Malaysia,adakah kamu turut mengambil tahu keadaan umat islam di seluruh dunia?dengan adanya internet apa yang telah kamu lakukan?dengan adanya waktu selepas habis kuliah,aktiviti apa yang kamu lakukan?Ambil beratlah hal saudara kamu,kerana umat islam itu bersaudara"

Selain itu,atas taklifan yang telah ditaklifkan kepada saya iaitu sebagai ketua Biochemistry biro akademik,
menjadikan saya antara mereka yang selalu berjumpa profesor-profesor di  unit.Saya juga sering menanyakan soalan-soalan  dan maklumat tentang subjek Biochemistry kepada beliau juga..Saya dapati beliau seorang yang suka berkongsi dan tidak lokek ilmu.

Moga Allah merahmati beliau.Sangat-sangat beruntung dapat bersama beliau,
beliau bukan sakit,bukan juga kemalangan,tapi beliau gugur di medan perjuangan..Allah :)
banyak ilmunya, kuat perjuangannya..."ALHAMASAH". .
beliau akan sentiasa dalam kenangan kami :)

Nukilan hati:

Wan Mohd Aniq,
Kuliah Perubatan Universiti Al-Azhar.

"Kerana Kita HambaNya,Kita adalah MilikNya "

[Nik Hifzi]
8Julai 2013








Friday, February 8, 2013

Wujudkan Islam Dalam Sektor Perubatan

Salam.Baru -baru ini saya ada mengikuti seminar "Pendekatan Tauhid dalam Perubatan Islam".Ia disampaikan oleh panel-panel yang hebat didatangkan dari Malaysia.




Saya begitu kagum dengan "mereka" terutamanya Dr.Ishak Mas'ud yang merupakan pengarah Al-Islam specialist hospital (hospital mesra ibadah).Beliau yang sudah dikatakan "berusia" tetapi masih memikirkan sumbangan beliau buat ummah.

beliau di sebelah kanan

menurut survey yang dilakukan:
mencatatkan sekitar 15~20% yang masuk wad,tidak melaksanakan solat.

why??
1)Patients ignorance."nanti dah keluar wad,aku qadha lah"
2)No guidance or difficult to pray.. "masuk wad,saper yang bagi (MC) solat?"
3)No body has ever advice patient to do solah.
4)Wrong assumption.
dll.

#teringat peristiwa waktu dulu,(form 2) apabila saya ditahan di wad,dan tidak melaksanakan solat selama berada di wad.tiada nurse,doctor,staff dll yang mengingatkan waktu solat n bantu saya utk melaksanakan solat.mungkin juga atas kejahilan saya pada waktu itu,menyebabkan saya lalai dalam menunaikan kewajipan kepada Allah.Apatah lagi,pada waktu itu,kurang pemahaman mengenai rukhsah dalam solat.Begitulah keadaannya.Pada waktu2 tertentu,nurse hanya mengingatkan atau mengejutkan saya pada ketika ingin mengambil darah ataupun untuk makan ubat.Saya lalai dengan Allah.Allah menguji saya dengan sakit,tetapi saya terus lupa kepada Allah.Pada waktu senang sahaja,saya mengingatiNya.Cuba sahabat2 fikir,berapa ramai lagi pesakit2 yang meninggalkan solat?Bukan sahaja fizikal mereka yang sakit,tetapi dalaman mereka juga sakit.Terus terang,Saya tidak menyalahkan siapa2 dalam hal ini.Cuma saya ingin semua sahabat2 yang membaca artikel saya ini sedar dan mengambil beberapa inisiatif.

1)Belajar dan mengajar terutamanya mengenai cara wudhu dan solat bagi pesakit.
2)Mengingatkan dan membantu dalam kewajipan menunaikan solat terutama apabila ahli keluarga,sahabat2,dll sakit.

Tanggungjawab ini bukan sahaja terletak pada bahu doktor,nurse,staff.bahkan semua yang bergelar muslim.
Jadi,siapa yang akan bantu,kita lah yang mulakan.ok :)
tanggungjawab kita.

"we care what other people say,but do we care what Allah think of us?"
Perkongsian sedikit,moga bermanfaat ;)


~kerana kita hambaNya~

[Nik Hifzi]
8 Februari 2013

Thursday, November 1, 2012

Kuliah Tahun Satu Bermula!!



Dah start kuliah?baru 2 hari tiba di bumi Mesir ini.Mengikut makluman yang saya dapat,Jadual pelajar tahun satu (perubatan) telah pun dikeluarkan oleh gamaah.Jadi,kena la datang.Ok.Semangat2.Belajar kerana Allah dan doakan saya,moga dipermudahkan belajar dan berjaya.Ok.Kepada mak dan ayah,doamu moga sentiasa untuk anakmu ini.Dibawah ada dilampirkan jadual pembelajaran tahun satu perubatan.


JADUAL PELAJAR PERUBATAN (MALAYSIA) TAHUN SATU 2012/2013
KULIAH PERUBATAN UNIVERSITI AL AZHAR..

HARI/
MASA
8.00-9.00
9.00-10.00
10.00-11.00
11.00-12.00
12.30-1.30
1.30-2.30
2.30-3.30
AHAD
ANATOMY
ANATOMY
BIOCHEMISTRY
ANATOMY
AMALI
ANATOMY AMALI
ANATOMY AMALI
ALQURAN
ISNIN
HISTOLOGY AMALI
HISTOLOGY AMALI
HISTOLOGY AMALI
PHYSIOLOGY
PHYSIOLOGY
HISTOLOGY
HISTOLOGY
SELASA
ANATOMY
BIOCHEMISTRY
BIOCHEMISTRY
ANATOMY AMALI
ANATOMY AMALI
ANATOMY AMALI

RABU
ANATOMY
ANATOMY
FISIOLOGY
PHYSIOLOGY AMALI
PHYSIOLOGY AMALI
NAHU & SOROF
NAHU & SOROF
KHAMIS
PHYSIOLOGY
PHYSIOLOGY
BIOCHEMISTRY
BIOCHEMISTRY
BIOCHEMISTRY AMALI
BIOCHEMISTRY AMALI


Ni Kuliah kami.Kuliah tib lighairi natiqin billughah arabiah ( for foreigner students.)..Kawasan ini hanya untuk pelajar Malaysia sahaja.Jadi,belajar kena la betul2.Ok.Gambatte!!


Doakan aku istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam belajar dan berjaya!!Amin.

[Nik Hifzi]
25 September 2013