Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

Waspada Pintu Masuk Syaitan..

syaitan,hati,manusia

Pintu masuk bagi syaitan ke dalam Hati anak Adam itu ada Tiga.
Syaitan tidak akan masuk padamu melainkan dengan 3 pintu ini.
Sekiranya ketiga-tiga pintu ini ditutup,maka tiadalah bagi syaitan pintu untuk masuk padamu.

1. Pintu Syahwat (Nafsu).
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan mentarbiyah/mendidik nafsu.
Mendidik nafsu itu caranya adalah dengan mengingkari dan menyanggah kehendaknya.

2. Pintu Kelalaian (Ghaflah).
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Berzikir.
Barangsiapa yang Berzikir mengingati Allah dia akan sentiasa berada dalam benteng yang kukuh.

3. Pintu Kejahilan.
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Ilmu.

[Ini adalah petikan dari Pengajian Syarah Soheh Al-Bukhari oleh Fadhilatus Syaikh Dr. Yusri Rusydi As-Sayyid Jabr Al-Hasani.]


Kerana Kita HambaNya,Moga bermanfaat dalam kehidupan ;)

[Nik Hifzi]
9 Zulhijjah 1434


Tuesday, September 3, 2013

La Tahzan!!


Jika dirimu berasa lemah dan tidak berdaya,
daripada usaha yg sepertinya sia-sia,
Allah tahu betapa keras kau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama,
dan hatimu masih terasa pedih,
Allah sudah menghitung air matamu.

Jika dirimu merasakan bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu,
dan waktu terasa berlalu begitu saja,
Allah sedang menunggu bersamamu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya,
dan tidak tahu utk berbuat apa lagi,
Allah punya jawapannya..

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal,
dan kau berasa tertekan,
Allah dapat menenangkanmu..

Jika tiba-tiba kau dpt melihat jejak-jejak harapan..
Allah sedang berbisik kepadamu..

Ketika segala sesuatu berjalan lancar,
dan kau berasa ingin mengucap syukur,
Allah telah memberimu rahmat.

Ketika sesuatu yg indah terjadi,
dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah telah tersenyum padamu..

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi..
dan mimpi utk digenapi..
Allah sudah membuka matamu..
dan memanggilmu dgn namamu..

Ingatlah..
bahawa dimana pun kau atau ke mana pun kau menghadap..

Allah s.w.t. Maha Tahu dan Maha Mendengar.
Sujudlah kepadaNya..

[Nik Hifzi]
4 September 2013

Monday, July 15, 2013

Andai Ini Ramadan Terakhirku ;'(

Wahai diri, renunglah engkau akan nasib diri.
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati.
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi.

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali,

Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi.
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi.
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi.
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir,

Tentu siangnya aku sibuk berzikir,
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air,
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair,
Rindu mendayu..Merayu...Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu solatku dikerjakan di awal waktu,
Solat yang dikerjai...Sungguh khusyuk lagi tawadhu',
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri,
Menghadap Rabbul Jalil...Menangisi kecurangan janji,
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" 
[sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir

Tidak akan aku sia sia-kan walau sesaat yang berlalu,
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja,
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang,
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan..

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu malamnya aku sibukkan dengane Berterawih...Berqiamullail...Bertahajjud...
Mengharap belas kasih...."sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU,
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"



Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...Hina..Dhaif..Jahil..Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkahku zuhud kepada MU..Mogaku istiqamah di ramadhan ini..

[Nik Hifzi]
15 Julai 2013


Sunday, June 9, 2013

Gengamlah Yang Peduli Padamu :)



Percayalah seseorang...
Yang mampu merasakan kesedihanmu dibalik senyumanmu.
Yang mampu mengerti fikiranmu disaat engkau terdiam.
Yang mampu merasakan kasih sayangmu disaat kemarahanmu.
Kerana dialah yang akan mengerti tentang dirimu.

kadangkala engkau harus berlari jauh..
Agar engkau tahu siapa yang akan datang kepadamu.

kadangkala engkau harus berbicara perlahan..
Agar engkau tahu siapa yang masih mahu mendengarkanmu.

kadangkala engkau harus melibatkan diri kedalam sebuah perbalahan..
Agar engkau tahu siapa yang masih akan membelamu.

kadangkala engkau harus mencuba mengambil keputusan yang kurang tepat.
Agar engkau tahu siapa yang akan menunjukkanmu keputusan yang benar.

kadangkala engkau harus melepaskan orang yang sangat engkau cintai..
Agar engkau tahu apakah dia akan kembali setia di sisimu.

Sesungguhnya...

Ketika kita pergi bersembunyi hanyalah untuk ditemukan.
Ketika kita berjalan jauh hanyalah untuk melihat siapa yang masih setia mengikuti.
Ketika kita menangis agar kita tahu siapa yang dengan ikhlas menghapus air mata kita.

[Nik Hifzi]
18 Mei 2013
8.31p.m

Monday, July 9, 2012

Mahukan Bidang Yang Dipilih..


Kemasukan ke IPTA dijangkakan akan diumumkan pada minggu ke 2 pada bulan Julai.Tarikh yang tepat masih belum diumumkan jabatan pengajian tinggi.Huh.Debaran demi debaran pasti dirasai oleh semua pelajar termasuk saya iaitu lepasan Stpm,Matrikulasi,STAM dan yang setaraf dengannya.Makan tak kenyang,tidur tak lena,mandi tak basah,betul ke?Bak kata semua serba tak kena.Menyambung dalam bidang yang dipilih ataupun bidang yang tidak dipilih.Kan best kalau kita boleh tentukan bidang mana yang kita akan dapat bukan pihak UPU yang pilih.Jadi macamana nak buat ni?

Ok.bagi pendapat saya,perkara-perkara yang kita perlu lakukan iaitu:

1.teruskan berdoa dan berusaha memohon kepada Allah dengan apa yang dihajati.

Jangan berhenti.Doa seorang hamba amat hampir kepada Allah.Beruntungkan kita,kita bertuhankan Allah.Kita ada tempat untuk meminta pertolongan,dimana tiada pertolongan yang boleh kita dapati selain pertolongan Allah.Realitinya,berkenaan rezeki siapa yang boleh aturkan?hanya Allah sahaja.Walaupun kita yakin kita boleh dapat dan layak untuk sesuatu kos itu,adakah 100% keyakinan kita yang kita pasti dapat kos pilihan hati?Ia soal rezeki.Jadi,sebagai seorang muslim yg bertuhankan Allah dengan berdoa dan melazimi solat dhuha pasti Allah akan buka pintu rezeki seluasnya untuk kita.InsyaAllah.

2.Solat Hajat dan Istikharah.

Solat Hajat dan Istikharah adalah antara agenda yang penting dalam kita menantikan keputusan UPU ini.Memohon hajat kepada Allah agar kita diberikan petunjuk, pilihan yang terbaik untuk diri dalam meneruskan pengajian kita.Kenapa ya?kadang-kadang perkara ini sering diabaikan oleh kita,tetapi sebenarnya bakal memberi impak yang besar dalam hidup kita nanti. Imaginasikan,seorang yang menerima 2 tawaran dalam satu masa.Mana yang perlu dipilih?dua-dua tawaran adalah bidang yang amat diminati.Masa itu,timbangan mana kita gunakan dalam membuat keputusan?Celaru bukan.Kembalilah kepada Allah dengan solat istikharah meminta petunjuk.Petunjuk bukan bermaksud petunjuk dengan mimpi sahaja tetapi ada pelbagai cara dan bentuknya.Pilihan Allah kan yang Maha terbaik.

3.Tajdid niat/perbaharui niat dan redha

Niat adalah satu benda yang tidak dapat dilihat.Perbuatan yang baik tetapi niat yang jahat,maka jahatlah disisi Allah.Kerana sesungguhnya setiap amalan kita bergantung dengan niat.Cuba kita koreksi diri kita,apakah niat kita dalam perjalanan menuntut ilmu ini?adakah hendak mengejar wang ringgit,pekerjaan.Alangkah indahnya,jika matlamat utama diletakkan semata-mata kerana Allah.Kerana Allah bagaimana? Iaitu menuntut ilmu bertujuan memecahkan tembok kejahilan dalam diri sekaligus dapat membantu agama dengan ilmu pengetahuan yang kita ada.

Akhirnya,saya rasa masih tidak terlambat untuk kita bersama-sama cakna dalam perkara yang agak kecil pada pandangan kita tetapi besar pada pandangan Allah.Masih ada waktu untuk kita berharap,berdoa dan merubah sesuatu perkara  daripada tidak bernilai kepada perkara yang lebih bernilai.Moga Segala bidang yang kita impikan menjadi milik kita.Yang penting,apapun bidang yang kita ceburi nanti,pastikan ada saham untuk Islam.Ok.

Info terbaru:tarikh jangkaan..



untuk kepastian,sila lawati:http://upu.mohe.gov.my/


Saturday, June 16, 2012

Ilmu VS Pengetahuan

Kadang-kadang dalam misi menuntut ilmu ini,kita selalu mahukan kecemerlangan walau apa cara sekalipun,walau apa cabarannya pun.Mengejar impian dan cita-cita yang kita inginkan.Ada yang ingin menjadi seorang jurutera,seorang doctor,seorang usahawan,seorang peguam dan pelbagai lagi.Sehingga melupakan matlamat sebenar kita dalam menuntut ilmu.Saya tidak menyatakan bahawa berusaha untuk mencapai cita-cita itu salah tetapi ia lebih indah jika diletakkan matlamat islam bersama.Tidakkah kita tahu bahawa setiap seorang muslim adalah wajib untuk menuntut ilmu tidak kira ilmu dunia ataupun ilmu akhirat.Kerana hanya dengan ilmu seorang itu akan dihormati.Tetapi saya melihat bahawa kebanyakan daripada diri kita ini hilang matlamat sebenar dalam tugas ini.Menuntut ilmu hanya semata-mata untuk mendapat pekerjaan dan jawatan yang “high class”,mendapat  wang yang banyak sehingga lupa akan  niat sebenar dalam menuntut ilmu.

Bidang Ilmu kita



Sepanjang perjalanan kehidupan saya,boleh dikatakan bahawa pada hari ini,kita sudah mempunyai ramai graduan-graduan yang cerdik pandai berbanding beberapa abad yang lepas.Ini adalah satu perkara yang amat memberangsangkan.Tetapi peningkatan kecerdikan ini,berlawanan dengan peningkatan akhlak dan adab dalam kalangan pewaris-pewaris dunia hari ini.Saya melihat kebanyakan daripada kita lahir menjadi seorang yang “intelek”dalam bidang masing-masing tetapi kurang dalam aspek akhlak dan peradaban ilmu itu sendiri.Mereka yang berada dalam bidang sains,sastera hanya tegar mempelajari ilmu-ilmu berkaitan sehingga melupakan tanggungjawab yang lebih besar iaitu sebagai seorang muslim yang pakar dalam bidang2 masing-masing.Apa tidaknya,belajar bagai nak pecah kepala untuk peperiksaan,tetapi meninggalkan suruhan Allah seperti solat dengan alasan boleh diqada kan dan saya bukan pelajar agama.Mereka yang berada dalam bidang agama pula hanya menjadikan aspek pembelajaran agama sebagai satu platform untuk mencapai status ustaz ataupun graduan mesir@jordan.ataupun lebih senang digelar seorang yang “alim”.Lebih malang lagi,apabila seorang graduan agama hanya memiliki ilmu didada tetapi tidak daripada perbuatan mereka sendiri dan langsung tidak mengambil tahu “cerita”bidang-bidang lain dengan alasan saya pelajar agama mana tahu berkenaan perkara-perkara lain.Adakah itu matlamat menuntut ilmu kita?Jika benar,maka berjayalah perancangan puak-puak yahudi dan kafir laknatullah untuk mengasingkan agama dan kehidupan kita.Astaghfirullahalazim!

Bidang ilmu = Bidang Agama


Akibatnya,lahirlah manusia-manusia yang menjadi “robot-robot”bergerak yang tidak mengenal peradaban ilmu itu sendiri.Menjaga agama cuma tanggungjawab  “budak agama”,menjaga alam,teknologi,cuma tanggungjawab “budak sains”.Runtuhkanlah perspektif ini.Jadi,saya mengajak sahabat-sahabat islam saya,ayuh untuk kita sama-sama runtuhkan perspektif rendah kita dengan mengambil tahu semua perkara dalam kehidupan kita. Bidang sains,sastera dan apa-apa pun bidang dalam dunia ini,Ianya berasal daripada bidang agama kita juga iaitu agama Islam.Sebenarnya di mana kita sekarang,di medan agama ataupun medan sains ataupun medan-medan lain jadikanlah ia sebagai satu platform untuk kita lebih mengenali Allah dan memahami peradaban ilmu itu sendiri iaitu untuk memecahkan kejahilan dalam diri kita dan menyumbangkan ilmu untuk kemajuan ummah.



Saturday, June 2, 2012

Belajar Untuk Bersyukur..


Alhamdulillah beberapa hari lepas keputusan matrikulasi,asasi dll telah pun diumumkan.Saya pun tidak terlepas dalam menerima keputusan itu.Semoga sahabat-sahabat menerima dengan sepenuh kesyukuran kepada Allah.Dah sujud syukur belum?Keputusan saya?hehe..Saya mendapat keputusan 3 pointer above.tapi tidaklah sehebat sahabat-sahabat matrik yang lain.Saya sederhana sahaja.Perasaan saya?Erm..cakap berkenaan perasaan ini,macam sedih sikit sebab pointer turun sedikit dari sem1.Sem 1 saya dapat 3.5 dan sem 2 dapat lebih rendah daripada sem1.Tapi apapun tetap terima dengan redhanya.Kena tambah usaha+doa ni.

Tips-tips menjadi redha dan bersyukur

Ok.saya nak kongsi sikit tips-tips sebelum menerima keputusan,supaya kita terima dengan seikhlasnya.Sebelum menerima keputusan lazimi lah buat solat hajat dan berdoa dengan Allah banyak-banyak supaya kita dapat terima keputusan dengan redha dan bersyukur.Antara doa yang saya selalu baca: "Ya Allah,aku telah berusaha semampuku,maka Ya Allah,kau berikanlah kepadaku kejayaan yang selayaknya yang dapat menghampirkan diriku kepadamu.Ya Allah,jadikanlah aku redha dengan setiap keputusan yang engkau berikan kepadaku.Amin."Jadi,insyaAllah kita akan menjadi orang yang selalu bersyukur dan redha.Tahu tak sebab apa kita sebagai muslim perlu berdoa kepada Allah?sebab Allah kan tuhan kita.Sebenarnya keputusan yang kita terima,tidak kisah keputusan peperiksaan,temuduga itu adalah keputusan daripada Allah bukan sebab usaha kita.Allah yang tetapkan.Jadi,marilah kita jaga hubungan dengan Allah sebab kita tak tahu macamana perjalanan hidup kita seterusnya.

Bersyukur sifat mukmin

Berjaya,kurang berjaya,atau gagal dalam peperiksaan bukanlah bermakna gagal dalam kehidupan.As a mukmin,kita mestilah bersyukur dengan apa-apa natijah yang kita terima.Semua Ya Allah beri pada kita,semestinya ada hikmahnya.Allah tidak akan pernah menganiaya hambanya.Mungkin anda pernah dengar,ada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan tetapi tidak berjaya dalam hidupnya.Mungkin juga anda pernah mendengar pelajar yang kurang berjaya tetapi lebih hebat dalam dunia pekerjaannya.Betulkan?
Cuba kita renungkan sejenak,bagi mereka yang merasakan  natijah peperiksaan mereka kurang memuaskan,cuba anda fikir,mungkin jika aku dapat keputusan yang lebih cemerlang,aku akan lupa diri,aku akan tidak bersyukur.Begitulah antara contohnya.Dan satu perkara yang kita lakukan,lihat orang yang dibawah kita,bukan diatas kita agar kita menjadi seseorang yang lebih bersyukur.Yang penting,jangan berputus asa.Mungkin juga keputusan yang kita dapat itu,sebagai teguran Allah buat kita.mungkin aku kurang berusaha kot,jadi selepas ini kena lipat kali gandakan usaha.Mungkin aku kurang jaga hubungan dengan Allah,jadi lepas ini aku kena banyakkan berdoa kepada Allah.

Kejayaan dan Kegagalan satu ujian

Duduk dan berfikirlah sejenak.Kita sebagai manusia,sentiasa dikelilingi ujian.Kejayaan adalah ujian,kegagalan pun adalah ujian.Allah nak lihat sejauh mana kita bersyukur dan redha dengan ujian yang diterima.Mungkin sahaja orang yang mendapat kejayaan boleh melupai Allah dengan kejayaannya.Mungkin sahaja orang yang mendapat kegagalan boleh melupai Allah dengan sebab kegagalannya.Orang yang paling TERBAIK adalah sentiasa bersyukur kepada Allah pabila kejayaan @kegagalan datang menyapa.Barulah Awesome.Penutup artikel kali ini,saya mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya dan yang kurang berjaya.Semoga dengan natijah yang kita dapat,menghampirkan diri kita lagi kepada Allah.Salam kejayaan..


Monday, May 28, 2012

Allah Tetap Teman Paling Setia ;)


Setiap hari kita bangun pastinya kita berada disekeliling orang yang kita sayangi,orang yang kita cintai.Jika dirumah,kita dikelilingi oleh ibu bapa,adik-beradik dan saudara-mara.Tetapi,lain pula jika kita berada di asrama,kampus,perantauan sahabat adalah keluarga kita,teman kita yang merupakan orang terdekat pada kita.Sahabat adalah segala-galanya.Ketika kita susah dan senang,ketika gembira dan sedih,dan sentiasa bersama berkongsi suka dan duka bersama.Apatah lagi,jika persahabatan yang dibina atas paksi "kerana Allah".

Maksud persahabatan

Persahabatan,ukhuwah,friendship,geng dan pelbagai lagi frasa yang sinonim yang bererti buat kita.Berlainan sebutan tetapi memberi maksud yang sama.Suatu masa dahulu,saya merasakan sahabat saya adalah segala-galanya.Pastinya sama dengan anda semua,bukan?saya juga berpendirian begitu.Mereka pasti mengingatkan saya ketika saya alpa, pasti mengajak saya ke arah kebaikan ketika saya leka,mereka pasti tolong saya ketika saya kesusahan.saya rasa begitu dihargai dan bermakna.Saya bersyukur kerana saya menemukan sahabat-sahabat yang baik yg dibina atas batu-bata keimanan.Saya berasa terjaga dan dijaga.Tetapi rupa-rupanya,kita tidak selama-lamanya dijaga.Kita perlu mencari erti kehidupan.Selepas saya meniti satu fasa kehidupan ke satu fasa yang lain,saya belajar sesuatu mengenai erti kehidupan sebenar.

Sahabat teman setia atau tidak?

Rupa-rupanya sahabat bukanlah teman setia kita selama-lamanya.Benarkah?Pada kaca mata saya itulah yang berlaku.Semanis mana pun ukhuwah yang dibina,sehebat mana pun perhubungan kita.Kita pasti menemui satu 'kenalan' bernama PERPISAHAN.Mungkin perpisahan sementara mungkin juga perpisahan buat selama-lamanya.Saya tidak mengatakan bahawa tiada teman yang setia, tetapi kita pasti akan berpisah dengan teman kita seiring peredaran waktu.Begitulah lumrah kehidupan kita.Pertemuan pasti bersama perpisahan kecuali hubungan doa seorang sahabat buat sahabatnya pasti berkekalan.InsyaAllah.

Cerita saya

Dulu,saya selalu menjadikan sahabat saya sebagai sumber kekuatan saya,sahabat saya sebagai tempat saya bersandar.sahabat saya sebagai pengingat saya,dan bermacam-macam lagi.Tetapi sekarang tidak seperti dahulu.Semakin meningkat hari,semakin meningkat usia kita dan semakin banyak tanggungjawab kita.Sahabat kita tidak selama-lamanya bersama dengan kita.Sahabat kita juga mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan.Mungkin dari jauh sahaja mengirimkan doa ataupun ingatan untuk kita.Jadi,saya terfikir dimanakah saya perlu bersandar selepas ini?dimanakah sumber kekuatan saya selepas ini?dimanakah tempat saya ingin berkongsi suka dan duka?dan akhirnya saya menjumpai teman setia saya.Teman setia yang sentiasa bersama saya.Yang hadirnya sekian lama,tanpa saya peduli,saya rasai,saya syukuri.Baru sekarang saya mengenali teman setia saya yang tidak pernah meninggalkan saya.Sedangkan saya yang selalu lupa teman setia saya ini.Jadi,mari saya kenalkan sahabat saya,teman setia saya yang selalu bersama saya dalam hidup ini.ALLAH azza wajala.Ya,Allah lah teman setia saya.Teman sampai akhirnya yang akan memimpin saya menuju jalan abadi.Insyaallah.Mungkin juga teman setia saya ini,teman setia kamu juga.Cuma mungkin kamu belum mengenalinya dan merasai kehadirannya.Jadi,saya mengajak semua daripada kita untuk mencari teman setia kita yang sentiasa bersama kita.Ok.

Sahabat sebagai platform

Jadi,apa yang saya dapat simpulkan disini ialah mencari sahabat adalah satu kebaikan apatah lagi jika persahabatan dijalinkan atas neraca iman.Tetapi,perlu diketahui dan diingati bahawa persahabatan itu biarlah yang membawa kita kepada Allah dan semata-mata untuk redhanya.Jangan menyandarkan semua pengharapan pada sebuah persahabatan,tetapi letaklah pengharapan pada tuhan yang maha menciptakan.
Biarlah kita tergolong dalam hadis nabi dimana Allah akan menaungi 7golongan yang diantaranya "2 orang pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah".Sekian.

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru,Cikgu!!


16 Mei setiap tahun
....................................................................
Selamat Hari Guru...Happy Teachers Day...
ucapan-ucapan "terima kasih","penghargaan" pastinya diterima oleh insan bernama guru..
Sambutan Hari Guru bagi saya merupakan suatu penghargaan yang perlu diberi kepada mereka yang bergelar pendidik..Guru adalah kerjaya yang paling mulia.Islam juga amat memandang tinggi kerjaya guru.Mana mungkin seseorang bergelar doktor,tanpa ada yang mendidik?begitu juga dengan semua kerjaya didunia ini lahirnya dari seorang yang bergelar "Guru".Di sekolah,guru bukan sahaja sebagai pengajar tetapi dialah "ibu",dialah "bapa",dialah segala-galanya.


Guru mendidik bukan hanya mengajar

Seorang guru perlu dihormati,dihargai kerana jasa mereka yang tidak terbalas.Guru mempunyai tanggungjawab besar dalam melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.
Bagi saya,guru adalah "agen"penting dalam melaksanakan tujuan ini.Negara memerlukan lapisan-lapisan generasi yang serba-boleh dari segi ilmu,akhlak,adab,agama.Kita tidak mahukan generasi pelajar  hari ini hanya berpengetahuan tetapi "buta" akhlak,adab,dan agama.Nah..inilah yang saya ingin katakan tanggungjawab guru bukan hanya mengajar tetapi menerapkan pendidikan dalam proses pengajaran.

Contohnya,sewaktu saya di SMAKJ,seorang guru saya iaitu Ustazah Atikah Binti Hashim pernah mengingatkan pada kami.antara dialognya:

            "untuk awak semua mendapat A+ dalam SPM peperiksaan hanya 10% sahaja tetapi lagi 90%  
            dibawa melalui adab awak dengan guru,buku,amalan awak"

Pada diri saya,kata-kata ini mengingatkan saya bahawa untuk mendapat A+ilmu=kejayaan, peperiksaan bukan segalanya,bukanlah saya ingin menyatakan bahawa peperiksaan itu tidak penting tetapi ada gandingan perkara-perkara lain untuk kita mendapatkan A.Antaranya adab kita dengan guru.cuba kita fikirkan jika kita tidak menghormati guru,berkemungkinan ilmu kita tidak diberkati.Jadi,adab juga antara perkara terpenting untuk mendapat A.

Pentingkah berguru??

Saya lebih senang mendefinisikan "berguru" sebagai satu proses untuk kita mendapatkan kefahaman tentang sesuatu perkara.Saya bawa analogi seperti seorang yang ingin membina rumah,adakah dengan membaca teori di dalam buku sudah cukup untuk dia membina sebuah rumah?pastinya memerlukan kefahaman untuk menggunakan "skill" tertentu bagi menjamin keutuhan rumah yang dibina.Satu lagi,saya mengambil contoh pada zaman Rasulullah SAW.Rasulullah sebagai "guru" mengajar ISLAM kepada umat manusia.Jadi kefahaman yang jelas perlu bagi mengelakkan penyelewengan sesuatu perkara.

Di dalam Al-Quran juga ada menyebutkan:
"Dan Kami tidak mengutuskan sebelum engkau (Muhamad),melainkan orang laki-laki yang kami beri wahyu kepada mereka,maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan,jika kamu tidak mengetahui.
(surah Annahl:43)

Jadi,berguru merupakan elemen penting dalam mendapatkan kefahaman tentang sesuatu perkara.

Bukan Hanya Sambutan Semata-mata

Hari guru sepatutnya menjadi platform untuk kita meminta maaf kepada guru atas kesalahan kita dan berterima kasih kepada guru-guru.Selain itu,sambutan hari guru bukan bermaksud untuk kita hanya memuliakan guru pada hari guru sahaja tetapi pada semua hari dalam kehidupan kita.Terakhirnya,bersempena sambutan hari guru ini,saya ingin mengajak diri saya dan pembaca-pembaca sekalian agar menjadi lebih baik.Jika hari ini,kita seorang yang tidak menghormati guru.maka selepas ini,hormatlah mereka.jika hari ini kita suka mengata keburukan guru,maka selepas ini kita ungkapkanlah kebaikan guru.Dan paling penting kita doakan semua guru-guru kita dari kita kecil sampailah di tahap kita berada sekarang.ok?

“Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.” – Riwayat At-Thabrani.