Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami
Showing posts with label Travelog. Show all posts
Showing posts with label Travelog. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

SMAKJ:Ziarah 4.0

Perjalanan ke bumi SMAKJ..


~Bersama di dalam Majlis Perletakan Jawatan dan Watikah Pelantikan Pengawas Sesi 2013/2014..


~Sedikit Perkongsian berkenaan dengan Mesir dan Tips Belajar..

Perjumpaan bersama adik2 SMAKJ pastinya mengimbau kenangan lama di SMAKJ.Generasi telah bertukar Generasi.Bertukar cerita dan idea..
pertemuan yang singkat moga menjadi pertemuan yang berkat..

Walaupun..
tidak semua yang dapat ditemui,
tidak semua cerita dihabisi,
tidak semua dilayani,
harapnya dapat bertemu lagi..

Selamat berjuang adik2 yang akan menghadapi peperiksaan.SMRA,PMR,SMA,SPM
Bittaufiq Wannajah..

SMAKJ dalam ingatan,Ukhuwah dalam ikatan,Doa dalam diam..
Kerana kita HambaNya,Ukhuwah hanya keranaNya"

[Nik Hifzi]

27~28 September 2013

Wednesday, October 9, 2013

Barang Keperluan Ke Mesir 2.0

Assalammualaikum..

Moga semua sihat sejahtera.Hari ini,Nik nak kongsikan kepada bakal pelajar yang akan ke Mesir berkenaan dengan barang keperluan ke Mesir secara ringkas .Moga ini sedikit sebanyak mengurangkan kekusutan dan membantu sahabat-sahabat dalam membuat persiapan secara total.Ok.Tapi sebelum itu,
dah tengok entri Nik belum berkenaan persiapan keperluan yang Nik buat sebelum berangkat ke Egypt?Kalau belum,jom tengok entri ini.

http://mukminsiber.blogspot.com/2012/09/keperluan-yang-perlu-dibawa-ke-mesir.html

Ok..Untuk lebih mudah faham dan lebih jelas,Nik sertakan nota-nota persediaan keperluan pelajar ke Mesir yang Nik dapat daripada seorang sahabat sewaktu kali pertama datang ke Mesir.Sejujurnya,ia sangat membantu dalam membuat persiapan ini.




Ok.Harap-harapnya sahabat yang sedang membaca ini jelas dengan nota yang disediakan ini.
Walaupun sebenarnya ia lebih memfokuskan kepada pelajar Perubatan akan tetapi pelajar Pengajian Islam juga boleh turut menggunakan nota-nota ini sebagai rujukan anda..Ok..Akhir kata,

Ahlan Wasahlan Ila Ard Kinanah..Misr..


Ada mereka yang mengatakan bahawa Mesir stand for: Mim:musibah,Sod:sabar,Ro:redha

Bagi Nik,

Mesir takkan kulupa,Bumi yang banyak MUSYKILAH dan MUSIBAHnya,
Menuntut SABAR di setiap hati penghuninya,
Dalam mencari RAHMAT dan REDHA ilahi dipenghujungnya. ;)

Ok.Itu sahaja entri untuk kali ini..Jangan lupa komen dan beri pandangan anda dibawah.k..

"Masuklah ke negara Mesir insyaallah dalam keadaan aman"




Friday, February 8, 2013

Mesir:Winter Break!!

Salam.hampir sebulan menghabiskan masa bercuti.
Pejam celik~pejam celik~
dah nak abis dah cuti!!

ergh..waktu inilah nak muhasabah diri.Waktu cuti ni apa yang dah dibuat? 
pengalaman disimpan sebagai satu memori.tetapi...
banyak kebaikan @ keburukan yang dilakukan?
huhu..

~Lawatan ke Piramid Giza :)


~Menziarahi Makam Imam Asshafiee :)


~Menziarahi Makam Imam Waqi':)


~Melawat Masjid Amru Al Ass :)


3.Melawat Kubu Salahuddin Al-Ayubi :)


~Jaulah ke Sinai,Jabal Musa,Lembu Samiri :)




~Melawat kubu Israel :)


~Jalan-Jalan di Dahab :)


~Ikuti Sambutan Maulidur Rasul :)

~Ikuti Majlis Tahlil dan Aqiqah :)

~Bersilaturrahim di rumah sahabat :)

Itu sahaja?
kebanyakan masa luang yang lain??

tidur~makan~online~ (musim sejuk)
alasan..alasan..alasan.. :( 
Study?? sikit-sikit jer.
Jadi,naik cuti ini kena bersungguh2 study.
muhasabah diri.

"kamu kat sana tu amanah Allah.Allah bagi peluang kat sana,gunakan sebaiknya.Tak semua orang dapat peluang tu.Masa yang terluang,isi dengan perkara yang bermanfaat."

Astaghfirullalazim.moga Allah ampunkan dosa dan kelalaian saya!!Doakan saya..
Jom,tingkatkan booster perubahan ;)

~Kerana kita hambaNya~

[Nik Hifzi]
8 Februari 2013



Thursday, October 25, 2012

Mesir Aku Datang!!


Kuwait Airways dari KLIA terus bergerak meninggalkan Malaysia tercinta,dan bermulanya perjalanan pengembaraan ini.Pengalaman pertama aku yang pasti tidak dapat dilupakan.Mengambil masa selama 16jam untuk sampai ke Cairo Airport.Termasuk transit selama 6jam di Kuwait Airport.Ini adalah kali pertama aku menaiki kapal terbang,jadi mungkin agak ter"excited"mungkin..Setelah berada dalam kapal terbang,ia tidak se"best" yang disangka.boleh jadi membosankan..Huhu.Kenapa?Mungkin kerana perjalanan yang agak jauh dan tiada perkara lain yang boleh dibuat melainkan duduk,makan,tidur dan melayan entertainment yang disediakan.



Ketika transit di Kuwait,ada beberapa maklumat yang saya dapati iaitu:nilai mata wang Kuwait adalah sangat tinggi berbanding negara kita.Huhu.Jadi,agak membazir kalau kita berbelanja disini.dan keduanya, imam2 seperti Syeikh Mishary Alaffasy tinggal di Kuwait..(bestnyer kalau dapat jumpa)


Selepas 6jam menunggu,perjalanan ke Cairo diteruskan. Alhamdulillah, kami mendapat peluang untuk dapat melihat pemandangan dari atas kapal terbang  seluruh kawasan negara arab.Allah..satu perkataan yang terpacul keluar dari mulut aku.Dah nak sampai rupanya aku ke Mesir.Realiti atau fantasi?..fikirkanlah diri.


Sesampainya di Cairo Airport,kami dibawa menaiki bas untuk ke dek ketibaan..Sesampainya disana,kami beratur di imigresen untuk pengesahan passport dan permohonan visa.Ramainya orang disini.huh.Satu peristiwa yang memberi pengajaran pertama iaitu ketika menunggu giliran,berlaku kejadian apabila ada beberapa sahabat yang dikehendaki beratur ke belakang balik kerana tidak bercakap arab dengan pegawai tersebut..huhu..Nasib baik,aku lepas.Alhamdulillah ada basic arab.Ya Allah,moga Allah berikan kami kepakaran berbahasa arab fushah dan ammi.Amin.


Setelah itu,kami telah disambut oleh lajnah usbu’ istiqbal untuk perjalanan seterusnya.Teruskan bersama aku dalam perjalanan di bumi anbiya ini.

[Nik Hifzi]
24September 2013


Zaijian Malaysia;)

Assalammualaikum..

bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi kita hidup lagi.Alhamdulillah tanggal 22. 9.2012 adalah hari keberangkatan saya ke bumi mesir.Bumi para anbiya.Bumi para pejuang Islam sejak dahulu lagi.Sehari sebelum keberangkatan ke Mesir pelbagai persiapan yang telah dilakukan dari pelbagai aspek.Terima kasih buat semua ahli keluarga aku yang banyak berkorban membantu,jasa mereka amat banyak tidak terkira.Kedua,kepada mak cik,pak cik,saudara mara dan sahabat handai yang banyak memberi kata2 perangsang kepadaku.Terima kasih.

Saat di KLIA,melihat diri dan rakan2 yang akan bersama2 berjuang di medan ilmu di bumi Mesir,saya terfikir dan bermuhasabah.Satu item yang aku perlu sentiasa ingati iaitu:


Niat.Niat..dan Niat.Apa niat aku belajar di Mesir?Nak Enjoy?Saja2,suka2.?atau apa?dan satu niat yang tertanam pada saat itu iaitu Ya Allah,aku belajar di Mesir kerana ingin menjadi "seseorang" yang berjaya dari sudut duniawi mahupun ukhrawi dan berbakti kepada ibu bapaku.Aku ingin kearah yang lebih baik.Dan,aku ingin membuang tabiat buruk dan menggapai cinta Allah dan cinta nabi. Permudahkanlah urusanku Ya Allah.

Sementara menunggu sebelum turun ke dek pelepasan,aku melihat wajah ibu bapa dan adik beradik yang kepenatan menunggu sehingga ada yang tertidur.Allah,banyak pengorbanan mereka terutama ibu bapa aku.Ya Allah,jika dikira dan dihitung jasa mereka kepadaku nescaya aku tidak akan berupaya membalas kesemua jasa mereka.Jadi aku pinta ya Allah,kau lindungilah mereka dengan kasih sayangMu,ampunkanlah dosa mereka,panjangkan umur mereka dan berikanlah mereka kebahagiaan di dunia dan diakhirat.


Jam 2.00pagi,bermulalah pengembaraan ini,selepas  bersalaman dengan keluarga,aku dan rakan2 seperjuangan turun ke dek pelepasan..Selamat tinggal keluarga,Selamat tinggal Malaysia!!Moga dipermudahkan..


Satu perkara lagi yang aku terlupa iaitu terima kasih kepada Najib Sumeri dan Asyraf Tusiran kerana sanggup mengiringi kami..Syukran Jazilan..Moga berkekalan persahabatan ini kerana Allah.Dan terima kasih atas hadiah buku, “Dimana Dia dihatiku”…


[Nik Hifzi]
22September 2013

Thursday, September 13, 2012

Barang Keperluan Ke Mesir

Assalammualaikum...

Hai...pejam celik,pejam celik,lagi 8hari jer lagi sebelum berangkat ke Mesir.Excited pun ader,Nervous pun ader.huhu..almaklumlah kali pertama akan bermusafir ke negara orang.Tak pernah terbayang macamana la nanti kat sana.Korang yang bakal pergi macamana?Dah siap packing barang?



Entri kali ini Nik nak share la dengan korang serba sedikit berkenaan dengan barang-barang keperluan yang Nik bawa.Maybe, boleh jadi panduan untuk korang juga..Ini just nak share dengan korang,kalau ada apa2 tambahan depends pada korang la yer.huhu..
Tapi Nik tak la bawa barang banyak sangat sebab..30kg je kot yang boleh bawa..lain la kalau dapat bawa (60kg)..macam-macam boleh bawa.Apapun yang paling penting adalah stok makanan.kuang3..Betulla..kalau tak percaya tanya senior-senior di Mesir..k.Tapi item yang penting nilah yang paling Nik fikir last sekali.Huh

Ni senarai yang Nik bawa..sama-sama kita bandingkan.k.

PAKAIAN
 Item
Catatan
Baju Kemeja
Blazer
Tali Leher
Baju Batik
Seluar Slack
t-Shirt
Seluar Track
Seluar Jeans
Long John
Sweater
Stokin (nipis+tebal)
Kasut Sukan
Kasut Kulit
Sandal
Selipar
Baju Melayu
Samping
Songkok
Jubah
Kopiah
Kain Pelikat
Tuala

 GADGET &PERALATAN ELEKTRIK
Item
Catatan
Laptop+charger
Kamera+charger
Handphone+charger
International Adapter
Extension Wire
Seterika

UBATAN & PENJAGAAN DIRI
Item
Catatan
Ubat Gigi
Berus Gigi
Syampoo
Sabun
Bedak
Deodorant
Lip Balm
Minyak Cap Kapak
Minyak Pahlawan
Ubat batuk,selsema,dll
Minyak Pijat
Losyen
Pencuci Muka
Minyak Rambut


BUKU & ALATULIS
Item
Catatan
Kamus Dwibahasa
Pensel Warna
Pen
Ubat pensel
Pemadam
Test Pad


DOKUMEN2 PENTING
Item
Catatan
Gambar Pasport
Salinan ic
Salinan penyata gaji
Salinan spm,matrikulasi
Salinan Surat tawaran
Passport
Salinan surat beranak


MAKANAN
Item
Catatan
Santan Serbuk
Sup bunjut
Maggi
Kicap
Sos Cili
Serbuk kari
Serbuk Kunyit
Serbuk Cili
Kiub Ikan Bilis
Milo,radix
Bihun pama
Serunding
Perencah tom yam
Cucur

KEPERLUAN2 LAIN

Item
Catatan
Selimut
Cadar+Sarung Bantal
Beg Kuliah
Kit Menjahit
Al-Quran
Jam tangan


Tinggalkan komen tau,agar dapat kita sama-sama kongsi pandangan ;)

"Kerana Kita HambaNya,Perancangan Satu Kejayaan"

Tarikh Flight Ke Mesir..


Salam..huhu..debar-debar..Hari ini aku nak share dengan korang tarikh penerbangan ke Mesir bersama2 pelajar perubatan dan pergigian Universiti Al-Azhar yang lain..Doakan yer semoga urusan aku dipermudahkan dan aku dapat berubah ke arah lebih baik n berjaya menuntut ilmu disana dengan mendapat keputusan yang terbaik.Ok!Rindu kalian...

>> Penerbangan 22 September 2012 (Sabtu)
Kuwait Airways (KU 416 & KU 541)
Berkumpul di KLIA, Pintu 8, (Kaunter M) jam 10.30 malam (hari Jumaat, 21 September 2012)
KU 416: Berlepas dari KLIA jam 3.15 pagi, 
Ketibaan di Lapangan Terbang Kuwait jam 6.35 pagi (waktu Kuwait), 11.35 pagi (waktu Malaysia)
Transit 4 jam 55 minit
KU 541: Berlepas dari Lapangan Terbang Kuwait jam 11.30 pagi,
Ketibaan di Mesir jam 1.15 tengahari (waktu Mesir), 7.15 petang (waktu Malaysia)

Semoga Ukhuwah kita berpanjangan..Jangan lupa MukminSiber!!

[Nik Hifzi]
13September 2013