Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, June 26, 2012

Resepi:Wedges Tautan Hati ala KFC

Selamat berjumpa kembali.Hari ini akan berkongsi dengan anda satu resepi yang gerenti mudah untuk dibuat especially bagi yang" beginner" macam saya ni.Ada gaya Chef tak?Bagi mereka yang mempunyai lebihan-lebihan kentang yang banyak kat rumah tu boleh la cuba.Bagi anak-anak yang nak cuba resepi ini,sila minta izin ibu bapa anak-anak dahulu,pihak kami tidak bertanggungjawab sama sekali atas segala kesulitan yang berlaku.Hehe.Bagi ibu bapa pula,sila benarkan anak anda yang berumur 15tahun dan ke atas untuk cuba memasak.Apa salahnya kan?

Resepi yang mudah untuk dibuat apatah lagi dimakan.Saya namakan resepi ini Wedges Tautan Hati ala KFC..Tidak perlu untuk ke Kentucky Fried Chicken untuk mendapat wedges lagi.Saya ada rahsianya.YEs!.Siapa makan confirm nak lagi.Tak perlu pun nak menjilat jari lagi selepas ini kerana boleh dibuat sendiri.

RESEPI WEDGES TAUTAN HATI..


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan:

1. Kentang (Sebanyak yang diperlukan untuk makan)
2. Garam
3. Pati Ayam
4. Tepung gandum
5. Serbuk Lada Hitam

Cara-cara:

Berdasarkan apa yang saya buat:

1. Kentang direndam di dalam air panas 2minit.Potong kentang seperti potong epal @ ala-ala yang selalu
    makan kat KFC tu.Kalau tak potong kulit pun takpe.lagi ok.
2. Rebuskan kentang di dalam air.Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa,apapun jangan la banyak
    sangat.Ada yang kata tak perlu direbus.Tapi bagi Chef perlu untuk melembutkan tekstur kentang.
3. Keluarkan kentang dari rebusan.Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan,gunakan garfu dan
    cucuk pada kentang.Kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang,maknanya sudah boleh
    dikeluarkan.Tapi pastikan jangan lama sangat rebus.Nanti kentang lembut sangat.
4 Panaskan minyak dalam kuali.Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti.
5.Kentang-kentang tadi,balutkan dengan serbuk tepung gandum+lada hitam(dicampur)lagi banyak lada hitam
    lagi pedas.Peringatan kat sini,tepung gandum jangan letak air..Hehe.Masa Chef cuba resepi ini.Chef
    masukkan air.Tiada siapa yang ajar,manalah chef tahu.Sebabnya,kentang dah basah,nanti tepung tak lekat
    pada kentang.
6. Goreng wedges semuat kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.
7. Boleh la dihidangkan bersama mayonis dll.

Siap.Senangkan?Bolehla dihidangkan untuk keluarga tersayang pada watu sarapan pagi ataupun minum petang.Mudahkan?.Belum cuba belum tahu.mudah je memasak ni.Hehe.Apapun bak kata Chef dari MasterChef,masakan yang sedap adalah MASAKAN DARI HATI.Selamat mencuba.Sila tinggalkan komen anda.:)Jumpa lagi dalam resepi yang lain pula nanti.Bye...



Thursday, June 21, 2012

Lelaki Pandai Memasak..Awesome ;)

Assalammualaikum..

Ada tak wanita yang meletakkan kriteria calon suami mestilah yang pandai memasak?Err..
Siapa kata lelaki tak reti memasak?Hehe..Ada Bukti?
Sememangnya tidak dapat dinafikan majoritinya golongan wanitalah yang lebih banyak memasak di rumah berbanding lelaki.Akan tetapi,masih ada lelaki AWESOME di luar sana yang anda mungkin tidak perasan akan kewujudannya mempunyai kebolehan memasak..

Ha..buat pengetahuan kalian,sepanjang permusafiran Nik di Mesir,Nik lihat majoriti mereka yang memasak di kedai makan adalah golongan lelaki dan begitu juga penjahit mereka,semuanya dipelopori oleh golongan lelaki.Pastinya,satu fenomena yang berbeza dengan Malaysia ;)

Hakikatnya,hari ini mentaliti masyarakat kita terlalu meletakkan tugasan seperti memasak,menjahit,menjaga anak hanya terletak dibahu seorang yang bergelar wanita,manakala lelaki hanya untuk bekerja.
Perlu kita tahu bahawa Rasulullah Sallahu alaihi wasalam juga adalah seorang lelaki yang bekerja,menjahit sendiri,memasak juga,jadi kenapa kita tidak?Sedangkan Nabi Muhamad itu juga adalah pesuruh Allah,seorang pemimpin dan lebih banyak tanggungjawab untuk memimpin umat,berbanding dengan tanggungjawab kita.Ketahuilah bahawa sesiapa yang mengikut sunnah nabi iaitu dalam cara,perbuatan dan  semua aspek dalam kehidupan akan mendapat pahala yang besar disisi Allah.Adakah kita tidak mahu?

"Mestilah mahu,takkan tak nak kot.."

So,kepada lelaki-lelaki di luar sana esp.yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin
marilah kita menjadi lelaki atau suami yang AWESOME disisi wanita ataupun isteri kita dengan cara belajar memasak dan hidangkan buat keluarga kita.Jadi lelaki yang "luarbiasa" tau,jangan biasa-biasa sahaja.
Ok guys..sampai sini dulu coretan Nik,Jangan lupa komen dan beri pandangan korang dibawah ini n follow entri Nik seterusnya.Salam..