Rumah Anak Yatim & Warga Emas,Kaherah |
Kita beruntung,bukan semua tetapi sebahagian daripada kita.
kalau saya selama 21 tahun kehidupan ini,masih diberikan
kurniaan mempunyai kedua ibu bapa.Tempat mencurah kasih sayang,tempat
mengadu,tempat meluah rasa.Alhamdulilah..
Tetapi rupa-rupanya,dalam 21tahun kehidupan ini juga,
Ada mereka,yang mungkin orang disekeliling kita,sudah tidak
mempunyai ibubapa, bahkan mungkin ada daripada mereka yang langsung tidak
merasai kasih sayang ibu bapa sejak kecil lagi.
Seumur 6tahun,7tahun sudah ditempatkan dirumah anak
yatim.Tidak kenal erti kasih sayang seorang ayah atau ibu.Terfikirkah kita
tentang mereka dalam denyutan kehidupan kita?
******************************************
Saat kami masuk ke bilik mereka,wajah suci anak-anak kecil
terpamer,mungkin terpaku,bahkan merasa hairan dengan lawatan kami.Apatah lagi
muka innocent kami yang dilihat bukan muka ala-ala arab,tetapi ala-ala asia
yang cuba menjadi arab.Hehe..
Izzayak??Enta ismak’eh?? (Apa khabar? Siapa nama kamu?)
Enta bitakmil’eh nahardah?? (Tengah buat apa sekarang?)
Macam2 kata dikeluarkan untuk cuba menarik perhatian
anak-anak ini,tetapi tidak semua mampu tertarik dengan perbualan yang
dibincangkan.Maka dengan pantas,pelbagai aksi ditunjukkan untuk menarik hati
adik2 ini.Akhirnya,berjaya membuat mereka tersenyum…Sometime,action speak
louder than words.
5minit peruntukan yang diberikan digunakan
sebaiknya.Sememangnya tidak puas,walaupun sekejap cukuplah dapat bersama mereka
dan mampu membuat mereka tersenyum.Itu terasa bahagia.
************************************************
Kemudian,kami ke bilik warga emas..Kami dijemput masuk oleh
seorang ammu (pak cik).Melihat riak wajahnya,seakan2 gembira menerima
kedatangan kami.
Sewaktu berbual,sempat beliau tanyakan berkenaan Malaysia
dan menyebut2 nama bekas perdana menteri Malaysia,Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad.
Latarbelakang kehidupan pakcik ini cuba kami selami,dan yang
menarik pak cik ini kira fasih juga berbahasa inggeris.Beliau sejak kecil
dijaga dan dibesarkan dirumah anak yatim ini dan sehingga sekarang akan
menghabiskan sisa usia yang ada di sini.Untuk pengetahuan,beliau merupakan
produk keluaran Ain Shams University dan sebelum ini berkerjaya sebagai
Engineer.Subhanallah..
Sekitar 10minit,perbualan kami terhenti, disebabkan masa
yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun,berbual dengan orang yang lebih banyak
pengalaman kehidupannya daripada kita,ternyata banyak titipan2 yang berguna
kami bawa sebelum pulang.Alhamdulillah.
Moral of this Story:
1)Hargailah kehidupan kita,hargailah ibu bapa kita dan orang
disekeliling kita.
2)Kongsikan kebahagiaan yang kita kecapi bersama-sama dengan
mereka seperti mengorbankan masa dengan menziarahi mereka,menyumbangkan tenaga
mahupun harta benda mengikut kemampuan yang ada. ( Warga Prihatin )
Gembirakanlah mereka dengan jalan-jalannya.
Mereka berhak merasai apa yang kita kecapi, kerana kita
bersaudara.
Diriwayatkan oleh Abu Darda’ r.a yang berkata : “Ada seorang
lelaki yang datang kepada Nabi S.A.W. mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabi SAW
pun bertanya : sukakah kamu jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu dipenuhi
? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu,
nescaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi.”
(Hadis Riwayat Thabrani, Targhib, Al Albaniy : 254)
Terima kasih PERUBATAN Cawangan Al-Azhar atas penganjuran
program ini.
Doctor to be..Insyaallah!! |