Salam Ramadan.Tanggal 27Julai keputusan penuh matrikulasi baru saya ketahui.Wow..Mesti semua pelik bahkan tertanya-tanya,kenapa lambat.Bukankah dah diumumkan pada 29Mei yang lalu.Jadi,perkara ini saya akan terangkan dan perlu diketahui oleh pelajar2 matrikulasi yang akan datang.Sebenarnya pada tanggal 29Mei yang lalu,adalah pengumuman keputusan secara tidak rasmi yang boleh disemak melalui web,sms,yang telah saya terangkan pada artikel lalu.~ pengumuman keputusan pspm~ sebenarnya pada tarikh itu diumukan keputusan semester 2 kita,dan pointer akhir keputusan matrikulasi..tetapi gred akhir kita tidak dicatatkan.
Untuk makluman semua,keputusan rasmi matrikulasi hanya akan diposkan ke rumah masing-masing,sebelum keputusan Universiti keluar seperti kebiasaannya.Tetapi,jika anda mendengar bahawa rakan-rakan matrik anda telah pun menerima keputusan di rumah masing-masing,itu menjadi ketidakbiasaan bagi anda.Betul tak?Jadi,perkara ini juga telah berlaku pada saya.
Langkah-langkah yang saya ambil iaitu telefon ke matrikulasi ,dan meleraikan persoalan yang membelenggu minda."kenapa keputusan saya tidak diposkan di rumah?".Jadi dengan kecekapan pihak pengurusan peperiksaan,dalam masa setengah jam,beliau memberikan saya nombor pos dan meminta saya untuk pergi ke pejabat pos dan memberikan nombor siri yang diberikan.Akhirnya,keputusan matrik telah diterima dan saya dapat melihat bahawa surat saya agak lama menghuni pejabat pos itu.Masalah selesai..
Melihat kepada keputusan akhir matrikulasi saya,alhamdulillah 3pointer above. A (sc computer)A- (biology dan chemistry) B(mathematics).Terima kasih Ya Allah,dan terima kasih tak terhingga kepada lecturer saya antaranya:
Puan Nizaha (biology) ayat yang paling saya ingat: saya xmengharap awak dapat A,tetapi saya nak awak buat yang terbaik.Tetapi awak tidak sepatutnya mendapat C,kerana kemampuan awak bukan pada tahap itu. Miss Tee (chemistry) tipsnya:tidur awal adalah aktiviti pelajar yang berjaya..dan beliau yang menyebabkan saya menjadi brilliant in chemistry..hehe. dan seterusnya madam Vanita (Sc Computer) tegasnya memberi kerajinan untuk kami berjaya..tq..Mr.Aw Ying Juan,(mathematics) merangkap mentor kami.sangat prihatin terhadap praktikum kami..dan banyak memberi kelas tambahan dan latihan terutama pada saya kerana saya memang lambat pickup and slow sikit dalam mathematics..huh.Akhir sekali,terima kasih juga pada lecturer kuliah dan lain2..terima kasih sangat2.
[Nik Hifzi]
27Julai 2012