Kemasukan ke IPTA dijangkakan akan diumumkan pada minggu ke 2 pada bulan Julai.Tarikh yang tepat masih belum diumumkan jabatan pengajian tinggi.Huh.Debaran demi debaran pasti dirasai oleh semua pelajar termasuk saya iaitu lepasan Stpm,Matrikulasi,STAM dan yang setaraf dengannya.Makan tak kenyang,tidur tak lena,mandi tak basah,betul ke?Bak kata semua serba tak kena.Menyambung dalam bidang yang dipilih ataupun bidang yang tidak dipilih.Kan best kalau kita boleh tentukan bidang mana yang kita akan dapat bukan pihak UPU yang pilih.Jadi macamana nak buat ni?
Ok.bagi pendapat saya,perkara-perkara yang kita perlu lakukan iaitu:
1.teruskan berdoa dan berusaha memohon kepada Allah dengan apa yang dihajati.
Jangan berhenti.Doa seorang hamba amat hampir kepada Allah.Beruntungkan kita,kita bertuhankan Allah.Kita ada tempat untuk meminta pertolongan,dimana tiada pertolongan yang boleh kita dapati selain pertolongan Allah.Realitinya,berkenaan rezeki siapa yang boleh aturkan?hanya Allah sahaja.Walaupun kita yakin kita boleh dapat dan layak untuk sesuatu kos itu,adakah 100% keyakinan kita yang kita pasti dapat kos pilihan hati?Ia soal rezeki.Jadi,sebagai seorang muslim yg bertuhankan Allah dengan berdoa dan melazimi solat dhuha pasti Allah akan buka pintu rezeki seluasnya untuk kita.InsyaAllah.
2.Solat Hajat dan Istikharah.
Solat Hajat dan Istikharah adalah antara agenda yang penting dalam kita menantikan keputusan UPU ini.Memohon hajat kepada Allah agar kita diberikan petunjuk, pilihan yang terbaik untuk diri dalam meneruskan pengajian kita.Kenapa ya?kadang-kadang perkara ini sering diabaikan oleh kita,tetapi sebenarnya bakal memberi impak yang besar dalam hidup kita nanti. Imaginasikan,seorang yang menerima 2 tawaran dalam satu masa.Mana yang perlu dipilih?dua-dua tawaran adalah bidang yang amat diminati.Masa itu,timbangan mana kita gunakan dalam membuat keputusan?Celaru bukan.Kembalilah kepada Allah dengan solat istikharah meminta petunjuk.Petunjuk bukan bermaksud petunjuk dengan mimpi sahaja tetapi ada pelbagai cara dan bentuknya.Pilihan Allah kan yang Maha terbaik.
3.Tajdid niat/perbaharui niat dan redha
Niat adalah satu benda yang tidak dapat dilihat.Perbuatan yang baik tetapi niat yang jahat,maka jahatlah disisi Allah.Kerana sesungguhnya setiap amalan kita bergantung dengan niat.Cuba kita koreksi diri kita,apakah niat kita dalam perjalanan menuntut ilmu ini?adakah hendak mengejar wang ringgit,pekerjaan.Alangkah indahnya,jika matlamat utama diletakkan semata-mata kerana Allah.Kerana Allah bagaimana? Iaitu menuntut ilmu bertujuan memecahkan tembok kejahilan dalam diri sekaligus dapat membantu agama dengan ilmu pengetahuan yang kita ada.
Akhirnya,saya rasa masih tidak terlambat untuk kita bersama-sama cakna dalam perkara yang agak kecil pada pandangan kita tetapi besar pada pandangan Allah.Masih ada waktu untuk kita berharap,berdoa dan merubah sesuatu perkara daripada tidak bernilai kepada perkara yang lebih bernilai.Moga Segala bidang yang kita impikan menjadi milik kita.Yang penting,apapun bidang yang kita ceburi nanti,pastikan ada saham untuk Islam.Ok.
Info terbaru:tarikh jangkaan..
untuk kepastian,sila lawati:http://upu.mohe.gov.my/