Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami

Monday, May 28, 2012

Cara Menyemak Keputusan PSPM (Matrikulasi)


Untuk pengetahuan semua,Pengarah/Timbalan pengarah BMKPM akan menyerahkan keputusan kepada Pengarah kolej pada 29 Mei 2012 (SELASA).Jadi,Calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Semester II Sesi 2011/2012 boleh menyemak keputusan peperiksaan masing-masing pada 29 Mei 2012 (SELASA) mulai jam 10.00 pagi  melalui saluran-saluran di bawah:

1.Laman Web
layari: http: sila klik disini
masukkan:login name
masukkan:kata laluan (ikut arahan)

2.Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
taipkan: 
MOE MAK no ic hantar ke 15888

contoh:MOE MAK 890310016103 hantar ke 15888

3.Telefon
A.Melalui kolej masing-masing
B.Sektor Hal Ehwal Akademik BMKPM di talian 0388844022

Panduan umum:

Bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
-pelajar yang memperolehi 1.5 ≤ PNGK <  2.0 akan diberi status gagal dan ditawarkan untuk mengulang PST.
Bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)
-pelajar yang memperolehi 1.5 ≤ PNGK <  2.0 gagal bagi kali pertama dibenarkan meneruskan pengajian di semester 3 dan diberikan amaran.
-pelajar yang memperolehi 1.5 ≤ PNGK <  2.0 gagal bagi kali kedua atau PNGK <1.5 akan diberi status gagal dan diberhentikan pengajian.
>>Saya doakan agar sahabat-sahabat sekalian beroleh kejayaan setimpal dengan usaha dan tawakal anda.Terima seadanya dan wujudkan rasa syukur ye nanti.Doakan kejayaan saya juga.<<


“Ke arah pemikiran islami dan wacana yang lebih padu”

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen :)