"Kita ni guna tulang manusia untuk belajar ni boleh ke?"
Adakah tulang boleh dijual?
Kesimpulan
"Tak bahaya ker kalau simpan tulang manusia kat rumah?"
"Eh,boleh ker guna tulang orang yang dah mati ni?"
Dialog seumpama diatas mungkin selalu kita dengari daripada mulut sahabat-sahabat kita.Persoalan ini rata-rata timbul dalam kalangan pelajar Perubatan sendiri atau sahabat terdekat mereka.Secara umumnya,Tulang-tulang manusia ini sering digunakan oleh pelajar Perubatan dalam subjek "Anatomy" dalam sesi pembelajaran.Jadi,pada hari ini saya ingin berkongsi ilmu berkenaan hukum menggunakan tulang manusia dalam pembelajaran bagi pelajar perubatan khususnya.
Tulang manusia mengikut syariat Islam ialah suatu objek yang
suci sama ada tulang manusia yang masih hidup atau mati tanpa mengira sama ada
tulang tersebut ialah tulang seorang muslim atau kafir. Allah Taala telah
berfirman dalam Surah Al-Isra ayat 70: (1)
“Dan sesungguhnya kami(Allah) telah muliakan anak-anak Adam”
Sabda Nabi Muhammad SAW :
“Mematahkan tulang seorang mayat muslim sama juga seperti
mematahkannya
ketika dia hidup.”
Hadis ini memberi maksud tidak boleh mensia-siakan tulang
manusia dengan mematahkannya atau tindakan seumpamanya tanpa tujuan yang
syarie.
Hukum menggunakan tulang untuk apa sahaja perkara tanpa
tujuan syarie pada asalnya ialah haram. Penggunaannya dibenarkan syarak kerana
terdapatnya keperluan untuk menggunakan tulang bagi tujuan belajar ilmu
perubatan atau tujuan lain seperti autopsi iaitu pembedahan forensik bagi
tujuan berkaitan kes jenayah. (2)Hukum dibolehkan menggunakan tulang dengan tujuan
tersebut berdasarkan qawaid fiqhiah berikut iaitu:
المحظورات
تبيح الضرورات
“Perkara darurat (keperluan) membolehkan perkara yang haram”
(3)
Kaedah fiqh ini memberi makna bahawa syarak membolehkan
melakukan perkara yang diharamkan jika berlakunya keadaan yang disifatkan
sebagai darurat mengikut neraca syarak. Dalam konteks ini, ilmu perubatan
merupakan suatu ilmu yang bermanfaat dan menjadi keperluan kepada manusia.
لا يتم الواجب إلا
به فهو واجب
“Sesuatu perkara yang tidak sempurna kewajipannya melainkan
dengan adanya sesuatu perkara itu maka ianya menjadi wajib”(4)
Tulang manusia tidak boleh digunakan jika adanya perkara
lain yang boleh menggantikannya seperti tulang tiruan. Jika tulang tiruan atau
apa sahaja bahan penggantinya tidak boleh membantu dalam mencapai maksudnya
maka barulah tulang manusia boleh digunakan. Tulang yang digunakan mestilah
bukannya tulang seorang muslim.
Jika tulang tersebut tidak digunakan lagi maka ianya
perlulah ditanam. Tulang tersebut tidak perlu dikafankan akan tetapi hanya
dikumpul di suatu tempat lalu ditanam. Secara umunya, tulang yang digunakan
untuk tujuan belajar ilmu perubatan bukannya tulang muslim. Oleh itu, tulang
tersebut perlulah ditanam di tempat selain daripada tanah perkuburan Islam dan
juga tanah perkuburan bukan Islam kerana mengambil kira adanya kemungkinan
tulang tersebut berasal daripada jasad muslim. Tulang juga tidak boleh disimpan
jika tiada keperluan lagi untuk menggunakannya. (5)
Hukum menjualnya tidak sah. Anggota tubuh manusia pada
asalnya bukan untuk dijual kerana ianya tidak dimilki oleh manusia maka tidak
boleh menjualnya.
Jika tulang tersebut berasal dari jasad seorang muslim maka
tidak boleh membelinya. Akan tetapi, jika tulang tersebut berasal dari jasad
deorang kafir maka diharuskan membelinya
dengan harga yang berpatutan atau mengambilnya tanpa membelinya bergantung
kepada perbincangan.
Pelajar yang mendalami ilmu perubatan boleh menggunakan
tulang manusia selagi ada tujuan untuk menggunakannya. Jika ianya tidak
digunakan lagi maka tulang tersebut tidak boleh dijual akan tetapi boleh
ditanam atau diberikan kepada pelajar lain yang memerlukan.
Wallahu a'lam.
Nota :
(1)Al-Mausu`ah At-Tibbiyah Al-Fiqhiyah, Dr Ahmad Muhammad
Kan`an, Percetakan Dar An-Nafais
(2)Al-Fatawa At-Tibbiyah Al-Mu`asirah, Dr Abdul Rahman bin
Ahmad Al-Jar`ie, Dar Ibn Hazm, Hukum Tulang Dan Jasad Manusia.
(3)Al-Wajiz Fi Syarh Al-Qawaid Al-Fiqhiah, Dr Abdul Karim
Zaidan, Percetakan Muassasah Ar-Risalah An-Nasyirun, Kaedah Ke-97.
(4) Al-Wajiz Fi Syarh Al-Qawaid Al-Fiqhiah, Dr Abdul Karim
Zaidan, Percetakan Muassasah Ar-Risalah An-Nasyirun, Kaedah Ke-79.
(5) Al-Fatawa At-Tibbiyah Al-Mu`asirah, Dr Abdul Rahman bin
Ahmad Al-Jar`ie, Dar Ibn Hazm, Hukum Tulang Dan Jasad Manusia.
__________________________________________
Rujukan :
(1)Al-Mausu`ah At-Tibbiyah Al-Fiqhiyah, Dr Ahmad Muhammad
Kan`an, Percetakan Dar An-Nafais.
(2)Al-Fatawa At-Tibbiyah Al-Mu`asirah, Dr Abdul Rahman bin
Ahmad Al-Jar`ie, Dar Ibn Hazm.
(3)Al-Wajiz Fi Syarh Al-Qawaid Al-Fiqhiah, Dr Abdul Karim
Zaidan, Percetakan Muassasah Ar-Risalah An-Nasyirun