Assalammualaikum.. ;)
Sudah bersawang blog ini rasanya tanpa update terkini daripada Nik.
Krisis yang melanda Mesir sedikit sebanyak memberi impak kepada diri Nik sendiri.
Moga Allah memberikan keamanan dan kemenangan kepada pihak yang benar.
Proses evakuasi sukarela membawa pulang pelajar-pelajar ke Malaysia adalah satu "option" kepada pelajar sama ada untuk pulang ke Malaysia atau tetap berada di Mesir.Apabila berita ini diumumkan bagi Nik,ia adalah berita gembira buat kebanyakan pelajar yang sememangnya sedang bercuti,apatah lagi mendapat pulang dengan percuma.
Walaupun begitu,bagi Nik keadaan petempatan pelajar Malaysia di Mesir masih lagi terkawal dan selamat kerana masih ada sahabat2 Nik yang masih berada di sana.Apabila ditanya kepada mereka berkenaan keadaan disana,mereka menyatakan masih stabil dan selamat kerana dapat berjalan2 di luar rumah dengan aman tanpa ada sebarang gangguan.kecuali di waktu "curfew" iaitu waktu perintah berkurung pada masa yang telah ditetapkan,mereka pastinya tidak akan keluar daripada rumah masing2.
Nik berharap agar krisis di Mesir akan segera pulih dan menemui jalan penyelesaian agar dapat memudahkan urusan pembelajaran kami disana.Insyaallah.Amin.Sama-sama kita doakan.
[Nik Hifzi]
29 Ogos 2013