Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami

Tuesday, July 16, 2013

Mesir:Fakulti Perubatan Universiti Al-Azhar

Salam.Hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat serba sedikit tentang latar belakang pembelajaran saya disini iaitu di fakulti perubatan Universiti Al-Azhar.Mungkin ada yang sudah tahu dan tidak kurang juga yang tidak pernah tahu.Semoga perkongsian ini bermanfaat,terutama buat adik-adik yang berazam untuk ke Universiti Al-Azhar ini.Letakkan matlamat dan usaha yang tinggi.Jangan lupa doa dan tawakal kepada Allah.Go go chaiyok!!


Pengenalan

Universiti Al-Azhar merupakan salah satu pusat pembelajaran ilmu Islam yang tertua di dunia. Pada awal pembukaannya, hanya beberapa halaqah keilmuan yang diadakan secara berkala di Masjid Agung Al-Azhar dengan menggunakan sistem pembelajaran ‘talaqqi’ (sorongan) yang dilaksanakan di antara tiang-tiang Masjid Agung Al-Azhar.

Secara umumnya, fakulti-fakulti Al-Azhar terbahagi kepada dua, iaitu Kuliah Adabiyah (Pengajian Agama) dan Kuliah Ilmiyah (fakulti pengajian sosial & sains kesihatan ). Kesemua kuliah Ilmiyah terletak di kawasan Nasr City, dan selebihnya (kuliah Adabiyah) terletak di kawasan Hussien, bersebelahan dengan Masjid Agung Al-Azhar, dan cawangan-cawangan universiti Al-Azhar yang berada di pelbagai wilayah.

Pembelajaran di Universiti Al-Azhar

Kuliah di Universiti Al-Azhar semenjak tahun 1996-1997, ketika dibawah pimpinan Prof.Dr.Ahmad Umar Hasyim, perkuliahan Al-Azhar, dibahagi menjadi 2 semester. Semester pertama bermula pada pertengahan bulan 9 dan berakhir pada awal bulan 12. Peperiksaan bagi semester pertama, biasanya akan dijalankan pada bulan 1. Selepas peperiksaan tamat, akan bermula ‘winter break’ selama 2 minggu.
Manakala, semester kedua akan bermula pada akhir bulan 2 dan berakhir pada awal bulan 5, oleh kerana peperiksaan semester kedua akan dilaksanakan pada bulan 6, pelajar diberi masa selama beberapa minggu untuk mengulang kaji secara sendirian. Dan selepas itu, pelajar akan mendapat tempoh selama 2 bulan setengah sebelum sesi pembelajaran pada tahun seterusnya bermula.

Kaedah Pembelajaran

Melalui perbincangan antara kerajaan Malaysia dan beberapa universiti lain di Mesir, kursus perubatan di Mesir secara umumnya digelar sebagai MoU (Memorandum of Understanding)
Dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara utama, ia memudahkan pelajar bangsa Melayu untuk lebih memahami ilmu tanpa perlu bersusah payah menterjemahkan bahasa Arab terlebih dahulu. Lebih menarik, kebanyakan tenaga pengajar di Universiti Al-Azhar adalah merupakan ketua jabatan subjek atau orang lama di jabatan tersebut, di mana mereka amat berpengalaman dan pernah bekerja di negara-negara lain selain amat fasih berbahasa Inggeris.

MoU merupakan pembelajaran selama 6 ½ tahun. Ada juga universiti-universiti lain di Mesir yang menjalankan kelas secara MoU, namun, berbezanya Universiti Al-Azhar daripada universiti yang lain adalah, pelajar di wajibkan untuk mengambil subjek-subjek agama dan wajib untuk menghafal Al-Quran sebagai subjek tambahan.

Silibus Pengajian Perubatan di Al-Azhar

Kokurikulum pembelajaran dibahagikan kepada 3 fasa :
Fasa 1 : Tahun 1 dan 2
Fasa 2 : Tahun 3
Fasa 3 : Tahun 4, 5 dan 6

Tahun 1               
Physiology, Anatomy, Biochemistry, Histology, Bahasa Arab dan Al-Qur’an (Juz 30)
Tahun 2               
Physiology, Anatomy, Biochemistry, Histology, Psychology, Bahasa Arab, Tafsir Al-Qur’an dan Al-Qur’an (Juz 29)
Tahun 3               
Pathology, Parasitology, Pharmacology, Microbiology, Hadis, Sirah dan Al-Qur’an (Juz 28)
Tahun 4               
Opthamology, Community Medicine, Forensic & Toxicology, ENT (Ear, Nose & Throat), Aqidah, Fiqh dan Al-Qur’an (Juz 27)
Tahun 5               
Internal Medicine dan Pediatrics
Tahun 6               
OnG (Obstetrics and Gynaecology) dan Surgery


Peperiksaan

Peperiksaan secara umumnya, mencakupi tiga aspek iaitu : bertulis (written exam), lisan (oral exam), dan amali (practical exam). Keistimewaan diberikan kepada pelajar tahun 1 , di mana sekiranya pelajar gagal dalam subjek-subjek tertentu, pelajar di benarkan untuk membawa(carry) subjek tersebut pada tahun 2, kerana subjek yang diambil pada 2 tahun pertama adalah sama (selain pertambahan subjek Psychology pada tahun 2). Namun, maksimumnya hanyalah 2 subjek dan sekiranya melebihi, pelajar di wajibkan untuk mengulang tahun (repeat year), seandainya masih tidak lulus dalam peperiksaan kedua (peperiksaan ulangan) yang dilakukan pada bulan Ogos. Bagi pelajar tahun 2 dan keatas, gagal dalam satu subjek perubatan akan membuatkan pelajar tersebut terpaksa untuk mengulang tahun.

Sistem Pemarkahan

Sistem pemarkahan di Universiti Al-Azhar lebih menumpukan kepada peperiksaan final dimana hanya 20% (kebiasaannya) markah akan diambil daripada peperiksaan pertengahan tahun. Dan sebilangan markah juga diambil daripada kuiz-kuiz kecil, dan tugasan kertas kerja. Namun, di sebabkan markah yang diambil daripada peperiksaan pertengahan dan kuiz-kuiz kecil adalah sedikit, pelajar-pelajar sebaiknya perlu untuk menguasai sepenuhnya kesemua pembelajaran sepanjang tahun untuk berdepan dengan final exam, kerana markahnya yang banyak.

sebahagian ahli daripada batch kami :)

Comments
3 Comments

3 comments:

mesir @ jordan...doakan suatu hari dapat pergi ke sana...

insyaallah.Semoga dapat juga ke bumi kinanah atau bumi anbiya ini.:)

This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Tinggalkan komen :)