Hari sambutan ulangtahun kelahiranku ke 20.
Semoga semakin bertambah usiaku,kuharap semakin bertambah keimananku,
semakin tunduk kepada ilahi.Amin.
bila umurku semakin meningkat,
Tuhan hadiahkan lebih banyak pengalaman,
pengajaran, erti kehidupan..
saat ditanya dahulu mengapa demikian,
kini aku hanya lafazkan rasa syukur
kerana pemberian Tuhan,
walau seketika dalam kesedihan
disebalik tabirnya penuh hikmat yang tersemat.
bila umurku semakin meningkat,
aku belajar dengan umur bertambah,
seribu tanggungjawab untuk dijawab,
dihadapanNya kelak..
diambang umurku 20 tahun ini,
terasa setiap hari belajar perasaan baru
setiap hari belajar menangani rencah baru
setiap hari mengajar aku menjadi hambaNya yang akur
bila umurku semakin meningkat
ke kiri ke kanan akan kusedari
akhirnya semua kembali kepada Tuhan
rasa susah, mengadu pada Tuhan
rasa penat, kembali pada Tuhan
rasa resah menanti takdir, mengadu pada Tuhan
di akhir cerita ku sedari
dan aku hanyalah seorang musafir
yang berjalan atas aturan Ilahi
bila umurku semakin meningkat
terasa dunia amat cepat meninggalkan
sehari-hari berpenat mencari tujuan
terasa waktu dicuri diambil diragut
sayang sekali jika setiap detik waktu tidak diniatkan ibadah
untuk Ilahi
kerana bila umurku semakin meningkat
ajal menanti menunggu waktu datang menjemput
penat lelah di dunia tidak akanku angkut bersama
yang dibawa penat lelah yang diniatkan untuk imbalan ke sana
setiap hari ambil masa sesaat,
duduk merenung hari-hari yang penat
tanyakan pada diri apa aku buat di dunia ini?
bila umurku semakin meningkat
terasa pantas waktu terlepas
matang setiap dekad diajarkanNya beribu pengalaman
dan hari ini aku bersyukur
apa yang dihari lepas
aku jadikan sebagai guru menuntut ilmu untuk hidup
padaNya kembali seribu rasa syukur
masih Kau hidupkan aku untuk menghirup rasa nikmat dan
ujian.Alhamdulillah.
Kita ini,
mati bila tidak diketahui
rasa diuji hari ini hanya secubit asam garam duniawi
rasa gembira, itu juga hanya secubit dari kisah diri
hidup takkan pernah sempurna untuk gembira
supaya tidak lupa akhirat lebih indah
supaya dalam banyak ketika kita kembali ingat Allah yang
Esa.
puisi ini
hadiah buat diriku dan juga dirimu ;)
[Nik Hifzi]
31 Mac 2013
[Nik Hifzi]
31 Mac 2013