Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya
alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia
menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia
mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia
mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ
ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di
telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan
rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan
harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta
manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam
angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sabarkan si dia, di kala cita-citaku belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini ingin menjaga batasan
cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab
bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar
kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca
kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga
dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam
impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam
kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci
yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak
ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi
dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu
memberitahunya sendiri…
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui
siapa dan dimana si dia..
Simpanlah pesanan ku ini wahai "si dia"sehingga engkau bertemu diriku nanti.
[Nik Hifzi]
24 Februari 2013
[Nik Hifzi]
24 Februari 2013