Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami

Saturday, May 11, 2013

Final Exam Around The Corner!!


Salam.

Kring..kring...kring..

"Alert!Final exam around the corner".

Allahuakbar,(Allah Maha Besar).pejam celik..pejam celik...pejam celik..
Fatrah imtihan akhir,telah pun tiba.

Mohon layangan doa daripada keluarga,saudara,sahabat,agar dipermudahkan perjalanan kejayaan buat Nik.Tidaklah ada kejayaan yang paling disyukuri,selain kejayaan yang mendapat redha Allah dan menggembirakan ibu bapa.

Sedikit kalam taujihat buat diri Nik dan kalian.
Terutamanya buat sahabat-sahabat yang turut berada dalam fatrah imtihan ini. :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersusah masa exam.
Bersusah untuk belajar.
Perlukah?

kata Imam Syafie,
kalau kita tak tahan lelahnya belajar yang SEKEJAP, kita akan menanggung peritnya kebodohan yang BERPANJANGAN"

Apapun, kisah di bawah ni mengubah paradigma Nik, membakar semangat untuk relakan diri bersusah payah demi ilmu.Ya,demi ilmu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Ketika Kathir bin Qais sedang duduk di samping Abu al-Darda' di Masjid Damsyiq,
tiba-tiba seseorang datang sambil berkata:

"Wahai Abu Darda', saya datang menemui kamu dari kota Madinah, kota Rasulullah s.a.w kerana sepotong hadis yang telah sampai kepadaku, bahawa kamu telah menceritakannya daripada Nabi"

Lalu Abu al-Darda' bertanya, "Adakah kamu datang kebetulan kerana urusan perniagaan?"
Dia menjawab, "Tidak"

Abu al-Darda' menduga, "Apakah disebabkan ada urusan lain?"
Dia menjawab, "Bukan."

Abu al-Darda' berkata, "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud):

Sesiapa meniti jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga. Para malaikat akan membentangkan sayapnya kerana reda kepada penuntut ilmu. Dan seorang penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh penghuni langit dan bumi termasuklah ikan yang ada di dalam air.

Keutamaan seorang alim dibandingkan dengan seorang ahli ibadah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama ialah pewaris nabi dan nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu.

Sesiapa mengambilnya, maka dia telah mengambil bahagian yang sangat besar. "
(Riwayat Ibn Majah, Abu Daud dan Ahmad)

Rujukan: Gen-Q isu 17, m/s 57.

Mari kita sama-sama tingkatkan booster belajar.Semoga segala usaha kita, dipandang oleh Allah dalam perjalanan mencari ilmu Allah ini.Moga kejayaan yang bakal kita dapat,lebih mendekatkan diri kita kepada Allah.Teruskan berusaha. :)

[Nik Hifzi]
11 Mei 2013





Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen :)