Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami

Friday, July 6, 2012

Lukisan Dakwah!!

Salam.Hai!! Sebenarnya saya tertarik dan cemburu dengan sahabat2 yang mempunyai kelebihan untuk melukis dengan begitu cantik dan kemas sekali.Jadi,tiba-tiba saya terfikir..lukisan juga adalah satu kelebihan,dengan lukisan kita boleh berdakwah.Setiap kelebihan yang Allah beri kepada manusia,berbeza-beza.SubhanaAllah.Tetapi ingat,kelebihan itu satu amanah untuk  kita gunakan dan salurkan tenaga kita untuk ummah.

Ini adalah lukisan lakaran tangan oleh designer MukminSiber yang asli.

Pertamanya saya ingin kita semua lihat dalam diri kita akan nikmat kelebihan dan keunikan yang Allah beri kepada kita,kelebihan yang tiada pada orang lain.Satu "special advantages" yang Allah beri pada kita.Saya bawa contoh,kita yang mempunyai kelebihan bersuara merdu,ke jalan mana kita gunakan?kelebihan berkarya,karya apa kita hasilkan?kelebihan melukis,lukisan apa kita lakarkan?Tidakkah kelebihan itu asbab untuk kita melonjakkan diri kita ke tahap yg lebih tinggi.Apatah lagi,jika kelebihan itu terus digunakan,terarah, kepada perkara-perkara yang membawa manfaat kepada umat Islam itu sendiri.

Entri kali ini saya ingin menyentuh topik berkenaan "lukisan dakwah".Lukisan dakwah lebih senang untuk saya definisikan sebagai satu lukisan yang mengikut tatacara dan adab dalam syariat Islam itu sendiri.Ramai pelukis yang mampu membawa karyanya dengan mesej keunikan,kebebasan dan lain-lain,tetapi tidak ramai pelukis yang membawa karyanya sebagai "mesej penting" yang berguna bagi umat islam.Pelukis merupakan satu ejen penggerak yang boleh menarik umat islam dengan lukisan2 berbentuk ilmiah,keislaman yang mampu memecahkan tembok kejahilan dalam diri manusia.Sebagai contoh,mereka yang melukis sebuah potret kartun keluarga islam "usrati jannati"mampu memberi inspirasi kepada mereka yang sudah berkeluarga untuk menjadikan lukisan satu realiti dalam kehidupan.Lebih menarik,jika pelukis meletakkan kata-kata motivasi,hikmah,sesuai dengan lukisan yang dilukis sebagai satu tarikan tambahan dan satu aspirasi kepada mereka yang melihatnya.Apatah lagi,jika kata-kata berunsurkan kebaikan,pastinya mendapat berlipat kali ganda.

Jadi,Crew MukminSiber,membawakan kepada anda, satu contoh aplikasi karya asli daripada designer MukminSiber sendiri bagi dikongsikan kepada pelukis-pelukis yang cuba memberi pembaharuan dalam bidang lukisan ini.



lukisan lakaran di atas kertas tadi,dimasukkan ke dalam komputer serta diedit.


Lukisan ini lebih indah jika ditambah dengan meletakkan warna-warna pada lukisan sebagai tarikan dan menyedapkan mata memandang.

Seperti yang diperkatakan tadi,lebih aula iaitu utama untuk pelukis meletakkan kata-kata hikmah,motivasi atau kata-kata nasihat.Disamping menunjukkan kekreatifan karya anda,perkongsian ilmiah ini memberi satu impak yang berkesan dalam mendidik masyarakat ke arah yang lebih baik pada masa ini.
Akhir kata,saya mengajak pelukis-pelukis di serata dunia umumnya dan Malaysia khususnya untuk menjadikan lukisan sebagai pemacu kesedaran ummah.Moga bertemu lagi.

Comments
4 Comments

4 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen :)