Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami

Tuesday, June 26, 2012

Resepi:Wedges Tautan Hati ala KFC

Selamat berjumpa kembali.Hari ini akan berkongsi dengan anda satu resepi yang gerenti mudah untuk dibuat especially bagi yang" beginner" macam saya ni.Ada gaya Chef tak?Bagi mereka yang mempunyai lebihan-lebihan kentang yang banyak kat rumah tu boleh la cuba.Bagi anak-anak yang nak cuba resepi ini,sila minta izin ibu bapa anak-anak dahulu,pihak kami tidak bertanggungjawab sama sekali atas segala kesulitan yang berlaku.Hehe.Bagi ibu bapa pula,sila benarkan anak anda yang berumur 15tahun dan ke atas untuk cuba memasak.Apa salahnya kan?

Resepi yang mudah untuk dibuat apatah lagi dimakan.Saya namakan resepi ini Wedges Tautan Hati ala KFC..Tidak perlu untuk ke Kentucky Fried Chicken untuk mendapat wedges lagi.Saya ada rahsianya.YEs!.Siapa makan confirm nak lagi.Tak perlu pun nak menjilat jari lagi selepas ini kerana boleh dibuat sendiri.

RESEPI WEDGES TAUTAN HATI..


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan:

1. Kentang (Sebanyak yang diperlukan untuk makan)
2. Garam
3. Pati Ayam
4. Tepung gandum
5. Serbuk Lada Hitam

Cara-cara:

Berdasarkan apa yang saya buat:

1. Kentang direndam di dalam air panas 2minit.Potong kentang seperti potong epal @ ala-ala yang selalu
    makan kat KFC tu.Kalau tak potong kulit pun takpe.lagi ok.
2. Rebuskan kentang di dalam air.Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa,apapun jangan la banyak
    sangat.Ada yang kata tak perlu direbus.Tapi bagi Chef perlu untuk melembutkan tekstur kentang.
3. Keluarkan kentang dari rebusan.Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan,gunakan garfu dan
    cucuk pada kentang.Kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang,maknanya sudah boleh
    dikeluarkan.Tapi pastikan jangan lama sangat rebus.Nanti kentang lembut sangat.
4 Panaskan minyak dalam kuali.Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti.
5.Kentang-kentang tadi,balutkan dengan serbuk tepung gandum+lada hitam(dicampur)lagi banyak lada hitam
    lagi pedas.Peringatan kat sini,tepung gandum jangan letak air..Hehe.Masa Chef cuba resepi ini.Chef
    masukkan air.Tiada siapa yang ajar,manalah chef tahu.Sebabnya,kentang dah basah,nanti tepung tak lekat
    pada kentang.
6. Goreng wedges semuat kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.
7. Boleh la dihidangkan bersama mayonis dll.

Siap.Senangkan?Bolehla dihidangkan untuk keluarga tersayang pada watu sarapan pagi ataupun minum petang.Mudahkan?.Belum cuba belum tahu.mudah je memasak ni.Hehe.Apapun bak kata Chef dari MasterChef,masakan yang sedap adalah MASAKAN DARI HATI.Selamat mencuba.Sila tinggalkan komen anda.:)Jumpa lagi dalam resepi yang lain pula nanti.Bye...



Comments
11 Comments

11 comments:

seriously nk try. hehe..
share la lg recipe..
sye on the way nk blaja masak ni..
:)

bagus,bagus..nantikan episod akan datang..hehe

terima kasih utk resepi ni. pasti saya cuba. klo ad resepi char kue teow pon best. hehee
slmat maju jaya!

alhamdulillah,menjadi jugak kentang goreng wedges saya.x tau plak selama nie nak goreng kentang kene rebus dulu.sebelum nie trus goreng je.thanx..garing,sedap.

misliha misran,insyaallah yang akan datang.
ismail mazlan,jika direbus dulu teksturnya lebih lembut.

moga bermanfaat :)

Selama ni igt tepung kne cmpur air..ptut la tepung x lkat pd wedges..hihi..br tau..

Kalau tak letak pati ayam, sedap tak?

Kalau tak letak pati ayam, sedap tak?

sdp sgt...gk dh try ptg td...menjadi...tq chef

Siti Aisyah,kalau tak letak pati ayam,nanti kurang rasanya.
Gadis Kampung,tahniah berjaya buat.

Post a Comment

Tinggalkan komen :)