Assalammualaikum..
Ada tak wanita yang meletakkan kriteria calon suami mestilah yang pandai memasak?Err..
Siapa kata lelaki tak reti memasak?Hehe..Ada Bukti?
Sememangnya tidak dapat dinafikan majoritinya golongan wanitalah yang lebih banyak memasak di rumah berbanding lelaki.Akan tetapi,masih ada lelaki AWESOME di luar sana yang anda mungkin tidak perasan akan kewujudannya mempunyai kebolehan memasak..
Ha..buat pengetahuan kalian,sepanjang permusafiran Nik di Mesir,Nik lihat majoriti mereka yang memasak di kedai makan adalah golongan lelaki dan begitu juga penjahit mereka,semuanya dipelopori oleh golongan lelaki.Pastinya,satu fenomena yang berbeza dengan Malaysia ;)
Hakikatnya,hari ini mentaliti masyarakat kita terlalu meletakkan tugasan seperti memasak,menjahit,menjaga anak hanya terletak dibahu seorang yang bergelar wanita,manakala lelaki hanya untuk bekerja.
Perlu kita tahu bahawa Rasulullah Sallahu alaihi wasalam juga adalah seorang lelaki yang bekerja,menjahit sendiri,memasak juga,jadi kenapa kita tidak?Sedangkan Nabi Muhamad itu juga adalah pesuruh Allah,seorang pemimpin dan lebih banyak tanggungjawab untuk memimpin umat,berbanding dengan tanggungjawab kita.Ketahuilah bahawa sesiapa yang mengikut sunnah nabi iaitu dalam cara,perbuatan dan semua aspek dalam kehidupan akan mendapat pahala yang besar disisi Allah.Adakah kita tidak mahu?
"Mestilah mahu,takkan tak nak kot.."
So,kepada lelaki-lelaki di luar sana esp.yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin
marilah kita menjadi lelaki atau suami yang AWESOME disisi wanita ataupun isteri kita dengan cara belajar memasak dan hidangkan buat keluarga kita.Jadi lelaki yang "luarbiasa" tau,jangan biasa-biasa sahaja.
Ok guys..sampai sini dulu coretan Nik,Jangan lupa komen dan beri pandangan korang dibawah ini n follow entri Nik seterusnya.Salam..
Ok guys..sampai sini dulu coretan Nik,Jangan lupa komen dan beri pandangan korang dibawah ini n follow entri Nik seterusnya.Salam..