Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami

Saturday, June 16, 2012

Ilmu VS Pengetahuan

Kadang-kadang dalam misi menuntut ilmu ini,kita selalu mahukan kecemerlangan walau apa cara sekalipun,walau apa cabarannya pun.Mengejar impian dan cita-cita yang kita inginkan.Ada yang ingin menjadi seorang jurutera,seorang doctor,seorang usahawan,seorang peguam dan pelbagai lagi.Sehingga melupakan matlamat sebenar kita dalam menuntut ilmu.Saya tidak menyatakan bahawa berusaha untuk mencapai cita-cita itu salah tetapi ia lebih indah jika diletakkan matlamat islam bersama.Tidakkah kita tahu bahawa setiap seorang muslim adalah wajib untuk menuntut ilmu tidak kira ilmu dunia ataupun ilmu akhirat.Kerana hanya dengan ilmu seorang itu akan dihormati.Tetapi saya melihat bahawa kebanyakan daripada diri kita ini hilang matlamat sebenar dalam tugas ini.Menuntut ilmu hanya semata-mata untuk mendapat pekerjaan dan jawatan yang “high class”,mendapat  wang yang banyak sehingga lupa akan  niat sebenar dalam menuntut ilmu.

Bidang Ilmu kita



Sepanjang perjalanan kehidupan saya,boleh dikatakan bahawa pada hari ini,kita sudah mempunyai ramai graduan-graduan yang cerdik pandai berbanding beberapa abad yang lepas.Ini adalah satu perkara yang amat memberangsangkan.Tetapi peningkatan kecerdikan ini,berlawanan dengan peningkatan akhlak dan adab dalam kalangan pewaris-pewaris dunia hari ini.Saya melihat kebanyakan daripada kita lahir menjadi seorang yang “intelek”dalam bidang masing-masing tetapi kurang dalam aspek akhlak dan peradaban ilmu itu sendiri.Mereka yang berada dalam bidang sains,sastera hanya tegar mempelajari ilmu-ilmu berkaitan sehingga melupakan tanggungjawab yang lebih besar iaitu sebagai seorang muslim yang pakar dalam bidang2 masing-masing.Apa tidaknya,belajar bagai nak pecah kepala untuk peperiksaan,tetapi meninggalkan suruhan Allah seperti solat dengan alasan boleh diqada kan dan saya bukan pelajar agama.Mereka yang berada dalam bidang agama pula hanya menjadikan aspek pembelajaran agama sebagai satu platform untuk mencapai status ustaz ataupun graduan mesir@jordan.ataupun lebih senang digelar seorang yang “alim”.Lebih malang lagi,apabila seorang graduan agama hanya memiliki ilmu didada tetapi tidak daripada perbuatan mereka sendiri dan langsung tidak mengambil tahu “cerita”bidang-bidang lain dengan alasan saya pelajar agama mana tahu berkenaan perkara-perkara lain.Adakah itu matlamat menuntut ilmu kita?Jika benar,maka berjayalah perancangan puak-puak yahudi dan kafir laknatullah untuk mengasingkan agama dan kehidupan kita.Astaghfirullahalazim!

Bidang ilmu = Bidang Agama


Akibatnya,lahirlah manusia-manusia yang menjadi “robot-robot”bergerak yang tidak mengenal peradaban ilmu itu sendiri.Menjaga agama cuma tanggungjawab  “budak agama”,menjaga alam,teknologi,cuma tanggungjawab “budak sains”.Runtuhkanlah perspektif ini.Jadi,saya mengajak sahabat-sahabat islam saya,ayuh untuk kita sama-sama runtuhkan perspektif rendah kita dengan mengambil tahu semua perkara dalam kehidupan kita. Bidang sains,sastera dan apa-apa pun bidang dalam dunia ini,Ianya berasal daripada bidang agama kita juga iaitu agama Islam.Sebenarnya di mana kita sekarang,di medan agama ataupun medan sains ataupun medan-medan lain jadikanlah ia sebagai satu platform untuk kita lebih mengenali Allah dan memahami peradaban ilmu itu sendiri iaitu untuk memecahkan kejahilan dalam diri kita dan menyumbangkan ilmu untuk kemajuan ummah.



Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen :)