Sejauh manapun perjalanan kita sekarang,ia bermula daripada langkahan-langkahan yang lepas.Siapa kita sekarang bermula daripada siapa kita yang dahulu.Coretan saya kali ini barangkali sebagai ingatan untuk diri saya dan sahabat-sahabat ex-SMAKJians mengingati Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor,Kluang ataupun lebih mesra dikenali sebagai SMAKJ.
smakJ pilihan saya!!
Perjalanan hidup saya di alam pendidikan menengah bermula apabila saya mendapat tawaran ke Sek Men Dato Sri Amar Diraja (SDAR) dan Sek Men Agama Kerajaan Johor( SMAKJ).Pada permulaannya,saya memilih untuk bersekolah di SDAR sahaja memandangkan saya sudahpun habis membuat persiapan untuk ke sana.Dan ini juga disebabkan surat tawaran ke SMAKJ yang lambat sampai ke rumah.Tetapi,segalanya perancangan Allah,apabila ibu dan ayah saya meminta saya memilih untuk belajar di SMAKJ.Saya terima memandangkan ada rakan-rakan yang juga akan ke sana.Tetapi,satu perkara yang saya ungkapkan ketika itu iaitu saya tak pernah kenal SMAKJ.Mendengar pun tidak pernah apatah lagi melihatnya.
smakJ dalam kenangan..
Sekarang,Alhamdulillah.setelah bersekolah di sini selama 5 tahun,saya ingin menyatakan bahawa SMAKJ adalah sekolah yang teramat luar biasa.SMAKJ mengenalkan dan mengajarkan saya sesuatu yang berharga dalam hidup saya.Merubah hidup saya yang dahulunya pasif kepada aktif.pemalu kepada berani, tidak berkepimpinan kepada berkepimpinan serta banyak lagi dan paling penting,mendidik saya menjadi muslim yang seimbang dalam urusan dunia dan akhirat.Saya perlu berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang banyak merubah kehidupan saya disini.
Terima kasih ini saya tujukan khas kepada para pendidik,murabbi,teachers yang banyak menabur ilmu kepada saya.Saya kagum melihat guru-guru yang bukan sahaja mengajar tetapi turut mendidik dengan nilai2 agama dan akhlak islam.Bagi saya,satu perkara yang istimewa di sini yang tiada ditempat lain.Mereka lah yang mengenalkan saya hidup bertuhan,meletakkan matlamat hidup kerana Allah,Menunjukkan teladan-teladan yang baik untuk diikuti dan Ilmu mereka yang tiada ganti.Mereka mengingatkan saya bahawa peperiksaan bukanlah segala-galanya tetapi keberkatan ilmu untuk diamalkan adalah kunci sebenar menjadikan kita seorang yang berjaya.Terima kasih atas segalanya yang tak mampu saya huraikan lebih panjang disini kerana jasa mereka yang tidak terhingga.
Terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan diSMAKJ tidak kira senior ataupun junior kerana mengajar saya erti ukhuwah dalam islam,hidup berjemaah, berfikrah islamiyah,cinta ilmu,berusrah dan banyak menyedarkan kesilapan saya serta sentiasa menasihati dan menyokong saya.terima kasih.Jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.
Pejam celik,pejam celik.tempoh 5 tahun di alam persekolahan menengah ini,terasa cepat berlalu.Alhamdulillah,Alam persekolahan ini telahpun berakhir.Tetapi disebalik kesyukuran ini timbul persoalan dalam ruang-ruang fikiran saya iaitu adakah segala yang saya dapat disini,diamalkan disini,berterusan diluar nanti?adakah ada insan-insan yang akan mengingatkan saya diluar nanti?mampukah saya menghadapinya??
Akhirnya,dalam pencarian hari-hari akhir saya di SMAKJ,saya menjumpai segala jawapan pada persoalan saya sebelum ini.Keimanan itulah jawapannya.Jawapan yang pendek tetapi amat bermakna bagi seorang muslim.Ia ada dalam diri muslim yang hidupnya didunia ini semuanya dilakukan kerana Allah.Terima kasih Ya Allah kau lahirkan aku dalam
islam,beruntungnya aku berbanding mereka yang bersusah payah mencari sinar Islam,Terima kasih Ya Allah,kau telah pilih dan tempatkan aku di SMAKJ untuk
aku lebih mengenaliMU berbanding mereka yang tidak pernah diberi peluang untuk lebih mengenaliMU.Banyaknya nikmat yang kau telah berikan kepadaku.Kau telah berikan aku guru-guru yang hebat,dalam pencarian mencariMu.sahabat-sahabat yang baik,mengajak dan memudahkanku untuk hampir kepadaMu.Ya Allah,kau
tetapkanlah imanku,untuk aku terus istiqamah dalam kebaikan dan keimanan dalam perjalanan liku-liku kehidupan ini.Terima Kasih warga SMAKJ.
[Nik Hifzi]
Generasi 19~SMAKJ