Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami

Saturday, June 2, 2012

Belajar Untuk Bersyukur..


Alhamdulillah beberapa hari lepas keputusan matrikulasi,asasi dll telah pun diumumkan.Saya pun tidak terlepas dalam menerima keputusan itu.Semoga sahabat-sahabat menerima dengan sepenuh kesyukuran kepada Allah.Dah sujud syukur belum?Keputusan saya?hehe..Saya mendapat keputusan 3 pointer above.tapi tidaklah sehebat sahabat-sahabat matrik yang lain.Saya sederhana sahaja.Perasaan saya?Erm..cakap berkenaan perasaan ini,macam sedih sikit sebab pointer turun sedikit dari sem1.Sem 1 saya dapat 3.5 dan sem 2 dapat lebih rendah daripada sem1.Tapi apapun tetap terima dengan redhanya.Kena tambah usaha+doa ni.

Tips-tips menjadi redha dan bersyukur

Ok.saya nak kongsi sikit tips-tips sebelum menerima keputusan,supaya kita terima dengan seikhlasnya.Sebelum menerima keputusan lazimi lah buat solat hajat dan berdoa dengan Allah banyak-banyak supaya kita dapat terima keputusan dengan redha dan bersyukur.Antara doa yang saya selalu baca: "Ya Allah,aku telah berusaha semampuku,maka Ya Allah,kau berikanlah kepadaku kejayaan yang selayaknya yang dapat menghampirkan diriku kepadamu.Ya Allah,jadikanlah aku redha dengan setiap keputusan yang engkau berikan kepadaku.Amin."Jadi,insyaAllah kita akan menjadi orang yang selalu bersyukur dan redha.Tahu tak sebab apa kita sebagai muslim perlu berdoa kepada Allah?sebab Allah kan tuhan kita.Sebenarnya keputusan yang kita terima,tidak kisah keputusan peperiksaan,temuduga itu adalah keputusan daripada Allah bukan sebab usaha kita.Allah yang tetapkan.Jadi,marilah kita jaga hubungan dengan Allah sebab kita tak tahu macamana perjalanan hidup kita seterusnya.

Bersyukur sifat mukmin

Berjaya,kurang berjaya,atau gagal dalam peperiksaan bukanlah bermakna gagal dalam kehidupan.As a mukmin,kita mestilah bersyukur dengan apa-apa natijah yang kita terima.Semua Ya Allah beri pada kita,semestinya ada hikmahnya.Allah tidak akan pernah menganiaya hambanya.Mungkin anda pernah dengar,ada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan tetapi tidak berjaya dalam hidupnya.Mungkin juga anda pernah mendengar pelajar yang kurang berjaya tetapi lebih hebat dalam dunia pekerjaannya.Betulkan?
Cuba kita renungkan sejenak,bagi mereka yang merasakan  natijah peperiksaan mereka kurang memuaskan,cuba anda fikir,mungkin jika aku dapat keputusan yang lebih cemerlang,aku akan lupa diri,aku akan tidak bersyukur.Begitulah antara contohnya.Dan satu perkara yang kita lakukan,lihat orang yang dibawah kita,bukan diatas kita agar kita menjadi seseorang yang lebih bersyukur.Yang penting,jangan berputus asa.Mungkin juga keputusan yang kita dapat itu,sebagai teguran Allah buat kita.mungkin aku kurang berusaha kot,jadi selepas ini kena lipat kali gandakan usaha.Mungkin aku kurang jaga hubungan dengan Allah,jadi lepas ini aku kena banyakkan berdoa kepada Allah.

Kejayaan dan Kegagalan satu ujian

Duduk dan berfikirlah sejenak.Kita sebagai manusia,sentiasa dikelilingi ujian.Kejayaan adalah ujian,kegagalan pun adalah ujian.Allah nak lihat sejauh mana kita bersyukur dan redha dengan ujian yang diterima.Mungkin sahaja orang yang mendapat kejayaan boleh melupai Allah dengan kejayaannya.Mungkin sahaja orang yang mendapat kegagalan boleh melupai Allah dengan sebab kegagalannya.Orang yang paling TERBAIK adalah sentiasa bersyukur kepada Allah pabila kejayaan @kegagalan datang menyapa.Barulah Awesome.Penutup artikel kali ini,saya mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya dan yang kurang berjaya.Semoga dengan natijah yang kita dapat,menghampirkan diri kita lagi kepada Allah.Salam kejayaan..


Comments
4 Comments

4 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen :)