~Dr.Yaseer Toha (29 Syaaban 1434)
"Bunyi helikopter berlegar-legar di awanan bagaikan bakal menyaksikan satu peristiwa bersejarah,
"Kerana Kita HambaNya,Kita adalah MilikNya "
[Nik Hifzi]
8Julai 2013
"Bunyi helikopter berlegar-legar di awanan bagaikan bakal menyaksikan satu peristiwa bersejarah,
kemudian,beberapa ketika selepas subuh, kedengaran pula siren ambulans yang tidak henti-henti berbunyi seperti memberitahu keadaan yang sedang berlaku."
Bumi Mesir disimbahi darah...Bumi Mesir disimbahi darah....Bumi Mesir disimbahi darah..
Tragedi Subuh berdarah pasti tidak terlepas diingatan rakyat Misr.Mana mungkin boleh dilupakan dalam ingatan mereka.Peristiwa tatkala rakaat kedua solat subuh,sebahagian mereka ditembak oleh askar dan polis(baltoji).Apa salah mereka?Apa zalimnya kalian yang menembak saat saudara islam kalian bersolat?tidakkah kalian menyerupai yahudi dan nasrani?tidakkah kalian menzalimi?
Jika benar kalian mengatakan untuk meredakan perhimpunan,mungkin benar..tapi persoalannya,
Mengapa mereka ditembak sewaktu sedang solat?,
mata dan hati mereka sedang khusyuk menghadap ilahi,
Mengapa mereka ditembak di kepala dan dada?
kepala dan dada mereka tersimpannya ayat suci AlQuran dengan kemas,
bukankah juga kepala dan dada tempat utama di badan kita?
adakah misi ini untuk meleraikan orang ramai atau untuk membunuh?
Apakah kalian merasakan mereka yang mahukan presiden mereka dikembalikan secara sah,perlembagaan yang dibentuk dilaksanakan,adalah satu kesalahan?
Saya tidak pasti,moga Allah membuka mata saya dan kalian dengan kebenaran.Moga Allah ampunkan kezaliman yang kita lakukan tanpa kita sedari.
Bersama mereka yang syahid,terdiri juga daripada salah seorang doktor yang mengajar saya di kuliah Perubatan Universiti Al-Azhar.
Dr Yaseer Toha..(Pensyarah Biochemistry).
- Berumur 38 tahun
- Mempunyai 6 orang anak lelaki dan 5 orang anak perempuan
- Seorang ahli Ikhwan Muslimin
-Muhafazah Qaliubiya
-Dibunuh oleh kumpulan Sisi pada "Tragedi Subuh".
Saat solat jenazah,anak Allahyarham,Ammar berusia 10tahun dan menghafal AlQuran yang menjadi imam solat jenazah keatas ayahnya.
Hari ini, 15 Julai genap seminggu Dr.Yasser Toha, pensyarah
Fakulti Perubatan Al-Azhar meninggalkan kita,dalam usia yang masih muda
mengadap Tuhannya. Dibunuh ketika sujud kepada Sang Pencipta, hidup berjuang
dan matinya peroleh kemuliaan.
Semoga darahnya dan syuhada' yang lain menjadi laknat kepada
mereka yang khianat.moga ALLAH merahmati roh beliau dan syuhada' tragedi
"Solat Subuh" berdarah..Al-Fatihah
Beliau seorang yang berperwatakan tenang dan lemah lembut,seorang yang suka
memberi nasihat,suka tersenyum.Walaupun hanya mengajar topik "lipid" dikelas kami,tetapi akhlak dan nasihat beliau sungguh bererti buat kami.
Antara nasihat beliau(turut diubah olahan ayat),
"Bagaimana kamu katakan kamu cinta nabi Muhamad SAW,sedangkan kamu tidak amalkan sunnahnya?"
"Kamu sekarang berada jauh daripada bumi Malaysia,adakah kamu turut mengambil tahu keadaan umat islam di seluruh dunia?dengan adanya internet apa yang telah kamu lakukan?dengan adanya waktu selepas habis kuliah,aktiviti apa yang kamu lakukan?Ambil beratlah hal saudara kamu,kerana umat islam itu bersaudara"
Selain itu,atas taklifan yang telah ditaklifkan kepada saya iaitu sebagai ketua Biochemistry biro akademik,
menjadikan saya antara mereka yang selalu berjumpa profesor-profesor di unit.Saya juga sering menanyakan soalan-soalan dan maklumat tentang
subjek Biochemistry kepada beliau juga..Saya dapati beliau seorang yang suka berkongsi dan tidak
lokek ilmu.
Moga Allah merahmati beliau.Sangat-sangat beruntung dapat bersama beliau,
beliau bukan sakit,bukan juga kemalangan,tapi beliau gugur di medan perjuangan..Allah :)
banyak ilmunya, kuat perjuangannya..."ALHAMASAH". .
beliau akan sentiasa dalam kenangan kami :)
Nukilan hati:
Wan Mohd Aniq,
Kuliah Perubatan Universiti Al-Azhar.
"Kerana Kita HambaNya,Kita adalah MilikNya "
[Nik Hifzi]
8Julai 2013