Assalammualaikum..
bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi kita hidup lagi.Alhamdulillah tanggal 22. 9.2012 adalah hari keberangkatan saya ke bumi mesir.Bumi para anbiya.Bumi para pejuang Islam sejak dahulu lagi.Sehari sebelum keberangkatan ke Mesir pelbagai persiapan yang telah dilakukan dari pelbagai aspek.Terima kasih buat semua ahli keluarga aku yang banyak berkorban membantu,jasa mereka amat banyak tidak terkira.Kedua,kepada mak cik,pak cik,saudara mara dan sahabat handai yang banyak memberi kata2 perangsang kepadaku.Terima kasih.

Saat di KLIA,melihat diri dan rakan2 yang akan bersama2
berjuang di medan ilmu di bumi Mesir,saya terfikir dan bermuhasabah.Satu item
yang aku perlu sentiasa ingati iaitu:
Niat.Niat..dan Niat.Apa niat aku belajar
di Mesir?Nak Enjoy?Saja2,suka2.?atau apa?dan satu niat yang tertanam pada saat
itu iaitu Ya Allah,aku belajar di Mesir kerana ingin menjadi "seseorang" yang berjaya dari sudut duniawi mahupun ukhrawi dan berbakti kepada ibu
bapaku.Aku ingin kearah yang lebih baik.Dan,aku ingin membuang tabiat
buruk dan menggapai cinta Allah dan cinta nabi. Permudahkanlah urusanku Ya Allah.
Sementara menunggu sebelum turun ke dek pelepasan,aku melihat wajah ibu bapa dan adik beradik yang kepenatan menunggu sehingga ada
yang tertidur.Allah,banyak pengorbanan mereka terutama ibu bapa aku.Ya
Allah,jika dikira dan dihitung jasa mereka kepadaku nescaya aku tidak akan berupaya membalas kesemua jasa mereka.Jadi aku pinta ya Allah,kau
lindungilah mereka dengan kasih sayangMu,ampunkanlah dosa mereka,panjangkan
umur mereka dan berikanlah mereka kebahagiaan di dunia dan diakhirat.
Jam 2.00pagi,bermulalah pengembaraan ini,selepas bersalaman dengan keluarga,aku dan rakan2
seperjuangan turun ke dek pelepasan..Selamat tinggal keluarga,Selamat tinggal
Malaysia!!Moga dipermudahkan..
Satu perkara lagi yang aku terlupa iaitu terima
kasih kepada Najib Sumeri dan Asyraf Tusiran kerana sanggup mengiringi
kami..Syukran Jazilan..Moga berkekalan persahabatan ini kerana Allah.Dan terima
kasih atas hadiah buku, “Dimana Dia dihatiku”…
[Nik Hifzi]
22September 2013