Kuwait Airways dari KLIA terus bergerak meninggalkan Malaysia tercinta,dan bermulanya perjalanan pengembaraan ini.Pengalaman pertama aku yang pasti tidak dapat dilupakan.Mengambil masa selama 16jam untuk sampai ke Cairo Airport.Termasuk transit selama 6jam di Kuwait Airport.Ini adalah kali pertama aku menaiki kapal terbang,jadi mungkin agak ter"excited"mungkin..Setelah berada dalam kapal terbang,ia tidak se"best" yang disangka.boleh jadi membosankan..Huhu.Kenapa?Mungkin kerana perjalanan yang agak jauh dan tiada perkara lain yang boleh dibuat melainkan duduk,makan,tidur dan melayan entertainment yang disediakan.
Ketika transit di Kuwait,ada beberapa maklumat yang saya dapati iaitu:nilai mata wang Kuwait adalah sangat tinggi berbanding negara
kita.Huhu.Jadi,agak membazir kalau kita berbelanja disini.dan keduanya, imam2 seperti Syeikh Mishary Alaffasy tinggal di Kuwait..(bestnyer kalau dapat jumpa)
Selepas 6jam menunggu,perjalanan ke Cairo diteruskan. Alhamdulillah, kami mendapat peluang untuk dapat melihat pemandangan dari atas kapal terbang seluruh kawasan negara arab.Allah..satu perkataan yang terpacul keluar dari mulut aku.Dah nak sampai rupanya aku ke Mesir.Realiti atau fantasi?..fikirkanlah diri.
Sesampainya di Cairo Airport,kami dibawa menaiki bas untuk ke dek ketibaan..Sesampainya disana,kami beratur di imigresen untuk pengesahan passport dan permohonan visa.Ramainya orang disini.huh.Satu peristiwa yang memberi pengajaran pertama iaitu ketika menunggu giliran,berlaku kejadian apabila ada beberapa sahabat yang dikehendaki beratur ke belakang balik kerana tidak bercakap arab dengan pegawai tersebut..huhu..Nasib baik,aku lepas.Alhamdulillah ada basic arab.Ya Allah,moga Allah berikan kami kepakaran berbahasa arab fushah dan ammi.Amin.
Setelah itu,kami telah disambut oleh lajnah usbu’ istiqbal
untuk perjalanan seterusnya.Teruskan bersama aku dalam perjalanan di bumi
anbiya ini.
[Nik Hifzi]
24September 2013
[Nik Hifzi]
24September 2013