Salam Ramadan buat semua.Dalam mengharungi saki baki ramadan yang tinggal,satu persoalan harus kita tujukan kepada diri kita.Apakah perubahan yang telah aku lakukan untuk memperbaiki diri?Adakah sudah tiba Ramadan tapi aku masih sama ditakuk lama?Jika ada perubahan ke arah kebaikan,Alhamdulillah. Tetapi,jika belum? Muhasabah kembali,niat dan perbuatan kita kembali.Adakah Ramadan ini aku hanya berpuasa makan,minum.Tetapi anggota lain tidak berpuasa.Bukankah berpuasa itu "menahan diri" dari semua aspek.Kedua,bacaan AlQuran.Lazimnya,pada bulan Ramadan ini, program tadarus AlQuran banyak diadakan.Perkara ini sepatutnya juga diketengahkan pada bulan-bulan yang lain.Kebiasaannya,kita sibuk berlumba-lumba untuk khatam satu AlQuran.Apakah itu matlamat sebenar kita?Saya tidak mengatakan bahawa itu satu kesalahan tetapi lebih elok jika bacaan AlQuran kita dialunkan dengan tajwid yang jelas,dan menghayati sekali maksud-maksud tafsiran ayat AlQuran itu.Bukankah lebih bermakna bacaan AlQuran kita?Pelbagai perkara yang boleh kita teliti dalam mencari perubahan dalam diri ke arah yang lebih baik.Memang benar,berubah adalah satu perkara yang bukan mudah tetapi tidak terlalu sukar.Selagi ada azam dan usaha yang benar.Insyaallah,Allah akan bantu.Apatah lagi,di dalam bulan yang mulia ini.Perlu kita ingati,usaha untuk kita berubah pada hari ini,tidak semestinya memberikan kejayaan usaha tadi,pada hari ini juga.Mungkin pada hari yang mendatang.Yang penting cuba untuk Istiqamah dalam melakukan perubahan kebaikan.
Jawapan ini mungkin persoalan kepada sahabat yang bertanya penulis tentang cara nak berubah.
Sms: "Saya ni,kalau nak berubah susah.Sekejap sahaja azam nak berubah,selepas itu,tak menjadi.Saya nak
berubah pasti banyak sahaja halangannya"Kenapa?
Sebagai tambahan jawapan pada persoalan di atas,lebih manis,jika saya selitkan cerita yang aku ambil dari artikel Iluvislam,sebagai satu panduan untuk kita.bacaan lanjut.. http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3473-nak-jadi-baik-memang-lambat.html
Perkara yang aku dapat simpulkan dalam artikel ini,iaitu melakukan perubahan perlulah disertai dengan mujahadah,iaitu bersungguh-sungguh untuk istiqamah.Kedua.Menutup ruang-ruang maksiat.ketiga,Mencari kawan yang berilmu dan yang boleh menasihati kita.Setakat itu sahaja,kali ini.Semoga berjumpa lagi.