Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami

Wednesday, August 1, 2012

SMAKJ:Buatmu GEN19~ (Streetborders)



Membelek entri di sesawang blog yang lama.Ada satu nukilan ingatan, yang menarik hati ini mencoretkan kembali di laman blog ini.Ingatan yang memberi maksud yang mendalam diitujukan kepada generasi ke 19 Smakj dan juga lepasan Sek Men Agama Kerajaan Johor,Maahad Johor dan mereka yang suka mengambil peringatan.

Kawan-kawan sekalian,
Kita sudah tidak ada masa bergembira dengan nikmat dunia,
janganlah kalian mudah ditenggelamkan dalam khayalan dunia yang hakikatnya hanya lakonan semata-mata.
Ingatkah kalian bahawa setiap daripada kita adalah daie,
bangkitlah kawan-kawan!
Jika benar lepasan 19gent Smakj "the Best",
Buktikan!!
berjuang untuk Islam,
berjihad fisabilillah,
tingkatkan keimanan,
teguhkan ketakwaan,
ilmu yang diperoleh di smakj & mj,
gunakan dengan cara yang betul,
junjunglah Islam walau dimana kita berada,
Elakkan diri daripada menjadi fitnah kepada agama tercinta.
Ingatkah kalian,
"siapa yang membantu agama Allah,Allah akan membantunya",
kalau kita niat untuk kepentingan agama,
insyaAllah kita akan berjaya.
Streetborders,
jangan hanya gah pada nama,
cuba jadikan ukhuwah antara kita,
satu landasan dakwah.
jangan terlalu berpuas hati dengan ilmu yang kita ada.
carilah ilmu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh,
tanpa ilmu,tenggelamlah kita,
ingat,ilmu tanpa amal,
ibarat pohon tanpa buah.
Bukalah mata,
pandanglah dunia..
Islam hanya sekadar nama.
Apa peranan kita?

Salam peringatan.
.Pihak penulis meminta maaf jika ada isu-isu perkauman atau perkara-perkara sensitif yang mengganggu minda dan pemikiran pembaca membuat keadaan otak ditahap kritikal.Ambil peringatan bukan penulisannya.terima kasih.

                              

Comments
1 Comments

1 comments:

Membelek entri di sesawang blog yang lama.Ada satu nukilan ingatan, yang menarik hati ini mencoretkan kembali di laman blog ini.Ingatan yang memberi maksud yang mendalam diitujukan kepada generasi ke 19 Smakj dan juga lepasan Sek Men Agama Kerajaan Johor,Maahad Johor dan mereka yang suka mengambil peringatan.
simple black shalwar kameez design ,
black designer salwar kameez ,

Post a Comment

Tinggalkan komen :)