Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami

Thursday, August 2, 2012

Pilihanku ini moga pilihan Allah.

Mengimbau kembali ingatan di Maahad Johor.Detik 15Mei 2011,adalah hari terakhirku di bumi barakah ini.Perjalanan menuntut ilmu dan peperiksaan STAM bukan terkandas disini tetapi membawa matlamat yang lebih besar untuk agama kita,sahabat.Jangan kalian berprasangka diri ini,tidak suka belajar agama,jangan kalian berprasangka aku hanya mengejar duniawi dan meninggalkan ilmu akhirat.Jangan kalian berprasangka buruk kepadaku.Aku membawa matlamat yang lebih besar,aku cuba menggunakan kelebihanku.Bukan aku mahu melarikan diri,apatah lagi futur dalam jalan ini.Tetapi,akanku guna kemampuan yang dianugerahkan kepadaku sebaik mungkin untuk Islam.Ya,untuk Islam.Walaupun banyak pengorbanan yang aku perlukan.Aku terima.

   "Ya Allah,moga pilihanku ini sentiasa dalam rahmat dan jalan agamaMu.Tuntunlah hambamu ini.Ya Allah,aku keluar daripada Maahad Johor ini semata-mata kerana ingin meneruskan perjuangan menjadi profesional Islam.permudahkanlah Ya Allah.Ya Rabbi,jagalah hatiku dan imanku.Ya Allah,berada di Maahad Johor ini,adalah anugerah yang tidak terhingga buatku.Banyak yang aku pelajari daripada murabbi dan sohabati.Ukhuwah ini,moga berkekalan sampai ke syurga.Moga diri ini lebih dekat denganMu.Amin."



Insyaallah akan meneruskan pelajaran dalam jurusan sains di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.Doakan penulis dimudahkan urusan pembelajaran di sini dan mendapat kejayaan dan capai cita-cita yang menghampirkan diri ini kepada Allah.

Masih teringat sisa-sisa waktu akhir dibumi Maahad Johor ini,
Untuk pengetahuan kalian,penulis lah orang terakhir yang keluar dari Maahad Johor kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang sains ini.Ini adalah disebabkan penulis ingin menyumbangkan jasa dan memenuhi harapan murabbi agar menyambut Hari Guru 2011 bersama-sama sebelum keluar.



Pagi 15Mei 2012 telah pun menjelma.menjadikan hari ini merupakan Hari Guru dan juga hari terakhir penulis di sini.Alhamdulillah,penulis memegang tugasan sebagai ketua unit program bersama-sama sahabat yang lain dapat melaksanakan tugas yang diberikan sebaiknya.Terima Kasih juga kepada ahli jawatankuasa yang lain kerana turut membantu menjayakan program ini.

Selepas berakhirnya majlis,jamuan disediakan untuk pihak jawatankuasa program dan guru-guru.Di kesempatan inilah,penulis berjumpa dengan guru-guru dan meminta halal ilmu serta nasihat.Terima kasih,guru.moga segala nasihat dapat penulis sematkan di dalam diri.Walaupun agak kecewa,sebab tidak dapat berjumpa dengan semua guru,satu doa dan ucapan terima kasih guru,buatmu guruku!

Cuaca pada hari itu,bagai mengerti isi hatiku.Ketenangan pada wajah,tetapi sebenarnya kesedihan dalam hati.Hujan lebat bagai mengalunkan irama hatiku.Pada waktu malamnya pula,penulis selaku pengawas biro dakwah wal imamah dapat mengimami solat isyak akhir di  sini.Tambahan lagi,diberi peluang untuk memberi ucapan akhir,kepada sahabat muslimin dan muslimat.Mungkin tiada lagi suara ini kedengaran lagi,mungkin ini yang terakhir.

   "Walaupun kita berjauhan,biarlah ukhuwah ini kekal pada redhaNya.Kita belajar ini,biarlah kerana Allah.Belajar rajin-rajin,Dapatkan STAM,mumtaz! Kalau tidak mumtaz pada peperiksaan pun,biarlah mumtaz dalam kehidupan!"



Akhirnya,dapat bersalaman dengan semua muslimin Maahad Johor.Sayang sangat ukhuwah ini.Satu perkataan yang tidak terucap dan tidak terlinta iaitu mereka mengiringi pemergianku dan membantuku,walaupun sepatutnya malam itu prep seperti biasa.Sebak+Sedih+Hiba.Tak boleh kata apa-apa.ANIQ tabahkan hatimu.Allah sentiasa bersama.Hanya Allah sahaja yang mengerti perasaan penulis.Selamat tinggal! Ada rezeki berjumpa lagi.K

Kepada sahabatku,kita berjumpa kerana Allah,kita berpisah juga biarlah kerana Allah.Walaupun berpisah,doaku akan sentiasa untukmu.Sahabatku,diri ini ingin berjuang menjadi profesional Islam dengan matlamat menyelamatkan dan memajukan Islam.doakan diri ini berjaya dan sentiasa dalam redha ilahi.Doaku kalian berjaya mencapai cita-cita dan buat yang terbaik dalam STAM.Terima Kasih atas jasa kalian!



Buat adik-adik tahfiz,pilihan Allah.
"Jaga hafalanmu,jaga alquran,jaga segala-galanya"Kalian pilihan Allah sebenarnya!
Kalian yang akan mewangikan bumi ini dan menyelamatkan bumi dan Islam.Kalian ibarat alquran bergerak dan pewangi.Moga kalian cuba untuk memahami ayat-ayat alquran dan cuba mengamalkan isinya.Moga ada keberkatan,dan ku harap doamu untukku sentiasa.Amin.



Ingatlah segala pesananku,jagalah Allah,Allah pasti menjagamu.Walaupun pertemuan hanya sebentar,bersyukurlah kerana Allah yang menemukan kita.Pertemuan yang sekejap itu anugerah Allah berbanding tidak pernah bertemu langsung.Ku letakkan semangatku dalam dirimu agar kau kenal erti berjuang dalam kehidupan.Doakanku,doaku untukmu selalu.
La tahzan,innaAllahama'na.Tabahkan hati.Jangan Sedih kerana pemergianku,kerana aku cuma wasilah penyampaian dari Allah untukmu.Tetapi bersedihlah,andai tiada lagi orang yang mengingatkan kita kepada Allah.


"Kasih Sayang antara mukmin itu,biarlah berpaksikan keimanan dan ukhuwah mencari redha Allah,agar kalian mengerti kemanisan persaudaraan"


[Nik Hifzi]
15Mei 2011



Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen :)