Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami

Thursday, August 2, 2012

Ikhlaskan semuanya kerana Allah.

Nukilan semula daripada blog lama penulis.Saat tulisan pena di bawah ditulis,adalah juga pada waktu ramadan tahun lepas.Sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita.



Tulisan pena bertarikh:...................

"Salam ukhuwah.Alhamdulillah dapatlah kita bjumpa lagi kali ini dalam Ramadan yg masih berbaki beberapa hari.Masih sempat rasanya untuk penulis mengucapkan salam Ramadan,dan selamat beramal.Moga Ramadan tahun ini kita dapat melakukan pelbagai perubahan yang merapatkan diri kita kpdNya.Ramadan pastinya dirindui..marilah kita mencari malam lailatulqadar iaitu malam yg lebih baik dr 1000 bulan.insyaAllah dgn izin Allah dapatlah kita berjumpa dengan malam yg mulia ini.amin.

Pasti semua tertanya-tanya akan blog yang sudah lama tidak aktif.Untuk pengetahuan pembaca,rutin penulis sebagai pelajar matrikulasi amat sibuk sejak awal kemasukan pada 23Mei 2011.Pelbagai cabaran yang penulis tempuhi.Suasana yang mungkin agak berbeza sebelum ini,mematangkan diri penulis,walau pada awalnya turut mengalami kejutan budaya.Adakala merasai adakah keputusan yang dibuat ini adalah betul?Tetapi tawakal kepada Allah adalah lebih utama.Penulis tahu,ujian dan cabaran adalah lumrah kehidupan manusia.Moga ujian ini mendekatkan diri lagi kepadaNya dan menjadi tarbiyah kepada diri.

Disini majoriti adalah melayu,sebahagian kaum cina dan india.Boleh dikatakan kebanyakan mereka adalah golongan yang pandai-pandai.Kepelbagaian ragam manusia menjadikan penulis lebih mengerti erti kehidupan dan kepentingan Islam lahir daripada sanubari ini.Inilah satu perjuangan.Umat Islam jangan mudah berputus asa.Siapa kata,kita tidak boleh,kita ada Allah yang maha kuasa.Bukankah kejayaan dan kegagalan itu hakmilik Allah.Kita harus berusaha dan bertawakal.InsyaAllah,Allah bantu.Allah kan pemilik diri kita.Jadi,Allah tahu diri kita.Berkomunikasilah dengan Allah.

Berfikirlah wahai diri yang merasa lemah ini,jangan lupa dengan zikir sentiasa,bersabarlah.Ikhlaskan semuanya kerana Allah.Jadilah profesional membantu Islam.Ya Allah,dakaplah erat-erat diriku ini,agar tidak pernah rasa ingin meninggalkanMu,walaupun diri ini ditinggalkan sekalian makhluk.Balutilah hatiku dengan kesucianMu agar diri ini tidak dikotori walaupun disekelilingku dipenuhi coretan hitam maksiat.Sertailah setiap langkahku agar sentiasa dituntun ke arahMu,walaupun dalam kembara ini ditaburi dengan duri-duri ujian yang menyakitkan.Peliharalah diriku kerana hanya engkaulah sebaik-baik pemelihara.


ku rindukan suasana ISLAM,
ku sayangi sahabat UKHUWAHFILLAH,
ku cintai umat islam BERAGAMA,
ku mencari ILMU yg dekatkanku kpd Allah.
ku tunggu dan mngharap KJAYAAN segalanya kepadaNYA.
ku REDHA dan ku terima segala UJIANNya.

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat dan tabah,tetapi banyak pula dugaan yang mendatang.
Kadang-kadang kita minta cerdik,tetapi banyak masalah pula yang mendatang.
Kadang-kadang kita minta kebahagiaan,tetapi huru-hara yang menjelang.
Masalah menjadikan diri kita berfikir,
huru hara menjadikan diri kita tabah,
Subhanallah betapa hebatnya Allah.



ulasan:alhamdulillah,walau apapun rintangan,penulis berjaya menghabiskan pelajaran di matrikulasi dengan jayanya.yeah!!doakan kejayaan penulis seterusnya kawan-kawan.

~Kerana Kita HambaNya~

[Nik Hifzi]
2 Ogos 2011

Comments
1 Comments

1 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen :)