Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru,Cikgu!!


16 Mei setiap tahun
....................................................................
Selamat Hari Guru...Happy Teachers Day...
ucapan-ucapan "terima kasih","penghargaan" pastinya diterima oleh insan bernama guru..
Sambutan Hari Guru bagi saya merupakan suatu penghargaan yang perlu diberi kepada mereka yang bergelar pendidik..Guru adalah kerjaya yang paling mulia.Islam juga amat memandang tinggi kerjaya guru.Mana mungkin seseorang bergelar doktor,tanpa ada yang mendidik?begitu juga dengan semua kerjaya didunia ini lahirnya dari seorang yang bergelar "Guru".Di sekolah,guru bukan sahaja sebagai pengajar tetapi dialah "ibu",dialah "bapa",dialah segala-galanya.


Guru mendidik bukan hanya mengajar

Seorang guru perlu dihormati,dihargai kerana jasa mereka yang tidak terbalas.Guru mempunyai tanggungjawab besar dalam melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.
Bagi saya,guru adalah "agen"penting dalam melaksanakan tujuan ini.Negara memerlukan lapisan-lapisan generasi yang serba-boleh dari segi ilmu,akhlak,adab,agama.Kita tidak mahukan generasi pelajar  hari ini hanya berpengetahuan tetapi "buta" akhlak,adab,dan agama.Nah..inilah yang saya ingin katakan tanggungjawab guru bukan hanya mengajar tetapi menerapkan pendidikan dalam proses pengajaran.

Contohnya,sewaktu saya di SMAKJ,seorang guru saya iaitu Ustazah Atikah Binti Hashim pernah mengingatkan pada kami.antara dialognya:

            "untuk awak semua mendapat A+ dalam SPM peperiksaan hanya 10% sahaja tetapi lagi 90%  
            dibawa melalui adab awak dengan guru,buku,amalan awak"

Pada diri saya,kata-kata ini mengingatkan saya bahawa untuk mendapat A+ilmu=kejayaan, peperiksaan bukan segalanya,bukanlah saya ingin menyatakan bahawa peperiksaan itu tidak penting tetapi ada gandingan perkara-perkara lain untuk kita mendapatkan A.Antaranya adab kita dengan guru.cuba kita fikirkan jika kita tidak menghormati guru,berkemungkinan ilmu kita tidak diberkati.Jadi,adab juga antara perkara terpenting untuk mendapat A.

Pentingkah berguru??

Saya lebih senang mendefinisikan "berguru" sebagai satu proses untuk kita mendapatkan kefahaman tentang sesuatu perkara.Saya bawa analogi seperti seorang yang ingin membina rumah,adakah dengan membaca teori di dalam buku sudah cukup untuk dia membina sebuah rumah?pastinya memerlukan kefahaman untuk menggunakan "skill" tertentu bagi menjamin keutuhan rumah yang dibina.Satu lagi,saya mengambil contoh pada zaman Rasulullah SAW.Rasulullah sebagai "guru" mengajar ISLAM kepada umat manusia.Jadi kefahaman yang jelas perlu bagi mengelakkan penyelewengan sesuatu perkara.

Di dalam Al-Quran juga ada menyebutkan:
"Dan Kami tidak mengutuskan sebelum engkau (Muhamad),melainkan orang laki-laki yang kami beri wahyu kepada mereka,maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan,jika kamu tidak mengetahui.
(surah Annahl:43)

Jadi,berguru merupakan elemen penting dalam mendapatkan kefahaman tentang sesuatu perkara.

Bukan Hanya Sambutan Semata-mata

Hari guru sepatutnya menjadi platform untuk kita meminta maaf kepada guru atas kesalahan kita dan berterima kasih kepada guru-guru.Selain itu,sambutan hari guru bukan bermaksud untuk kita hanya memuliakan guru pada hari guru sahaja tetapi pada semua hari dalam kehidupan kita.Terakhirnya,bersempena sambutan hari guru ini,saya ingin mengajak diri saya dan pembaca-pembaca sekalian agar menjadi lebih baik.Jika hari ini,kita seorang yang tidak menghormati guru.maka selepas ini,hormatlah mereka.jika hari ini kita suka mengata keburukan guru,maka selepas ini kita ungkapkanlah kebaikan guru.Dan paling penting kita doakan semua guru-guru kita dari kita kecil sampailah di tahap kita berada sekarang.ok?

“Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.” – Riwayat At-Thabrani.


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen :)