Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami

Thursday, August 21, 2014

Ziarah Anak Yatim & Warga Tua

Rumah Anak Yatim & Warga Emas,Kaherah
Kita beruntung,bukan semua tetapi sebahagian daripada kita.
kalau saya selama 21 tahun kehidupan ini,masih diberikan kurniaan mempunyai kedua ibu bapa.Tempat mencurah kasih sayang,tempat mengadu,tempat meluah rasa.Alhamdulilah..
Tetapi rupa-rupanya,dalam 21tahun kehidupan ini juga,
Ada mereka,yang mungkin orang disekeliling kita,sudah tidak mempunyai ibubapa, bahkan mungkin ada daripada mereka yang langsung tidak merasai kasih sayang ibu bapa sejak kecil lagi.
Seumur 6tahun,7tahun sudah ditempatkan dirumah anak yatim.Tidak kenal erti kasih sayang seorang ayah atau ibu.Terfikirkah kita tentang mereka dalam denyutan kehidupan kita?

******************************************
Saat kami masuk ke bilik mereka,wajah suci anak-anak kecil terpamer,mungkin terpaku,bahkan merasa hairan dengan lawatan kami.Apatah lagi muka innocent kami yang dilihat bukan muka ala-ala arab,tetapi ala-ala asia yang cuba menjadi arab.Hehe..

Izzayak??Enta ismak’eh?? (Apa khabar? Siapa nama kamu?)
Enta bitakmil’eh nahardah?? (Tengah buat apa sekarang?)

Macam2 kata dikeluarkan untuk cuba menarik perhatian anak-anak ini,tetapi tidak semua mampu tertarik dengan perbualan yang dibincangkan.Maka dengan pantas,pelbagai aksi ditunjukkan untuk menarik hati adik2 ini.Akhirnya,berjaya membuat mereka tersenyum…Sometime,action speak louder than words.

5minit peruntukan yang diberikan digunakan sebaiknya.Sememangnya tidak puas,walaupun sekejap cukuplah dapat bersama mereka dan mampu membuat mereka tersenyum.Itu terasa bahagia.

************************************************
Kemudian,kami ke bilik warga emas..Kami dijemput masuk oleh seorang ammu (pak cik).Melihat riak wajahnya,seakan2 gembira menerima kedatangan kami.

Sewaktu berbual,sempat beliau tanyakan berkenaan Malaysia dan menyebut2 nama bekas perdana menteri Malaysia,Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Latarbelakang kehidupan pakcik ini cuba kami selami,dan yang menarik pak cik ini kira fasih juga berbahasa inggeris.Beliau sejak kecil dijaga dan dibesarkan dirumah anak yatim ini dan sehingga sekarang akan menghabiskan sisa usia yang ada di sini.Untuk pengetahuan,beliau merupakan produk keluaran Ain Shams University dan sebelum ini berkerjaya sebagai Engineer.Subhanallah..

Sekitar 10minit,perbualan kami terhenti, disebabkan masa yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun,berbual dengan orang yang lebih banyak pengalaman kehidupannya daripada kita,ternyata banyak titipan2 yang berguna kami bawa sebelum pulang.Alhamdulillah.

Moral of this Story:
1)Hargailah kehidupan kita,hargailah ibu bapa kita dan orang disekeliling kita.
2)Kongsikan kebahagiaan yang kita kecapi bersama-sama dengan mereka seperti mengorbankan masa dengan menziarahi mereka,menyumbangkan tenaga mahupun harta benda mengikut kemampuan yang ada.    ( Warga Prihatin )

Gembirakanlah mereka dengan jalan-jalannya.
Mereka berhak merasai apa yang kita kecapi, kerana kita bersaudara.

Diriwayatkan oleh Abu Darda’ r.a yang berkata : “Ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi S.A.W. mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabi SAW pun bertanya : sukakah kamu jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu dipenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, nescaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi.”
(Hadis Riwayat Thabrani, Targhib, Al Albaniy : 254)


Terima kasih PERUBATAN Cawangan Al-Azhar atas penganjuran program ini.

Doctor to be..Insyaallah!!



Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen :)