Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami

Thursday, October 10, 2013

Aku Tidak Sempurna!!


Hari demi hari,
Kadangkala kekurangan dirasai,
mereka tidak pernah puas menilai
walau sudah diungkap,
“ kita ini manusia biasa..banyak khilafnya…”
Tapi  mereka terus begitu..
 Kadang kala aku terus berdiam,
Hendak meluahkan tiada untungnya.
Tapi tetap menjadi realiti hidup.

Bibir tertutup rapat
Mulut terkatup kemas,
Lidah rasa kelu nak berbicara,
Pabila tuduhan mula kau lemparkan
Saat curahan susun kata mengalir keluar,
Terus, hukuman dijatuhkan.

Mungkin,
Ya, mungkin diam itu lebih senang,
Walau hati dibakar tuduhan,
Lalu minyak tanah yang kau curahkan,
Hampir merentungkan iman,
Kau patut lihat ke dalam qalbuku,
kegigihan menjadi bomba,
memadam api amarah dengan kesabaran,
 Maka mulutku memilih untuk terus diam membisu.

Helaian kertas elektronik,
Menjadi diari setia..
Dan kekunci hitam kini setia membaca bait-bait kataku.
Kususun serapi mungkin bait-bait itu, 
jika dibaca kau pula mungkinkah jadi wadah kau berfikir?
Namun tetap,
Aku mahu kau fahami aku

Walau aku terus berdiam.

[Nik Hifzi]
10 Oktober 2013

Comments
2 Comments

2 comments:

i do understand.. people will not stop judging. Stay strong coz i knw u will always strong right

thanks cik Alynn 4 ur advice..very appreciate it ;)

Post a Comment

Tinggalkan komen :)