Selamat datang

Selamat datang.blog ini sedang menjalankan kerja-kerja mengemaskini blog.harap maaf atas sebarang kesulitan.Teruskan bersama kami

Tuesday, July 2, 2013

Doa:Buatmu Syria :)


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat-Nya.

Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami di Syria wahai Tuhan sekalian alam. Ya Allah! jadikanlah bantuan-Mu bersama-sama mereka. kuatkanlah mereka. ya Allah! hancurkanlah sesiapa yang menyeksa, mengkhianati dan menzalimi mereka. sesiapa yang mengkehendaki mereka dengan kejahatan, Engkau gagalkanlah perancangan mereka tetapi sekiranya mereka mengkehendaki mereka dengan kebaikan, Engkau tetapkanlah pendirian dan bantulah dia wahai Yang Maha Mengasihi.

Ya Allah! sesungguhnya hamba-hamba-Mu di Homs, Idlib dan Dar’a (nama wilayah di Syria) dibunuh, disembelih dan dihalau dari rumah-rumah mereka, kampong halaman mereka, anak-anak mereka serta agama mereka. Engkau gagalkanlah perancangan musuh-musuh-Mu, leburkanlah ikatan mereka, pecah belahkan kesatuan mereka, goncangkanlah pendirian mereka, turunkanlah kemurkaan-Mu serta utuskanlah kepada mereka api yang keluar dari langit dan bumi.

Ya Allah! seperti mana Engkau cabut kerajaan dari Hosni Mubarak dan Zainal Abidine Ben Ali, Engkau cabutlah kerajaan dari Basyar. Seperti mana Engkau membunuh Muammar Gaddafi, Engkau bunuhlah Basyar.
wahai Tuhan yang memiliki Hari Agama (kiamat), hanya kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan. jadikanlah usaha-usaha mereka sia-sia seperti debu-debu yang berterbangan. Ya Allah! jadikanlah usaha-usaha Basyar Assad itu sia-sia seperti debu-debu yang berterbangan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat-Nya. Segala Puji hanya kepada Tuhan Sekalian Alam.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen :)